| PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA | PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA, persatuan yang memperjuangkan bahasa, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu. Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dikenali dengan singkatan P.B.M.U.M. dan ditubuhkan pada 29 Januari 1955. | BAHASA | Persatuan |
| EJAAN UNIVERSITI MALAYA | EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.
| BAHASA | Bahasa |
| KOVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN | kovensyen sehari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Canselor, Universiti Malaya. | BAHASA | Kegiatan |
| JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA | JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru – guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
| JABATAN BAHASA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA | JABATAN BAHASA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA, jabatan yang pada awalnya dikenal sebagai Bahagian Bahasa Kebangsaan Kolej Pertanian Malaya. Bahagian ini ditubuhkan pada tahun 1968 setelah diluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Pada tahun 1971, Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahagian Bahasa Inggeris dicantumkan menjadi Bahagian Bahasa sahaja. Kemudian pada tahun 1972, setelah tertubuhnya Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (mengikut Perintah Perbadanan, 29 Oktober 1971), Bahagian Bahasa diubah menjadi Jabatan Bahasa. Jabatan Bahasa diletakkan di bawah Fakulti Pertanian. Tiga tahun kemudian Jabatan Bahasa digabungkan dengan dua jabatan lain bagi membentuk satu fakulti baharu yang dikenal sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan (sekarang dikenal dengan nama Fakulti Pengajian Pendidikan). | BAHASA | Institusi/Organisasi |
| KOLEJ ISLAM MALAYA | Kolej Islam Malaya ialah pusat pengajian Islam yang dikelolakan oleh Majlis Kolej Islam. Tujuan kolej ini ditubuhkan adalah untuk melatih dan menyediakan bakal guru agama dan guru bahasa Arab untuk mengajar di sekolah menengah dan rendah. Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada 8 April 1955. | UMUM | |
| KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN | KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama. | BAHASA | Bahasa |
| ASMAH HAJI OMAR, DATO' | Asmah Haji Omar, Dato’ (1940– ), ahli bahasa. Dia ialah orang pertama yang dilantik menjadi Profesor Linguistik Melayu di Universiti Malaya. Asmah juga merupakan wanita Melayu pertama yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. | UMUM | |
| SUARA MALAYSIA | SUARA MALAYSIA, rancangan penyiaran khas untuk pendengar di luar Malaysia. Suara Malaysia ditubuhkan sebagai Suara Malaya pada 15 Februari 1963. terdapat tiga perkhidmatan pada peringkat permulaan, iaitu siaran bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Setiap unit mengendalikan satu jam masa siaran sehari. Tujuan awal penubuhan Suara Malaysia adalah untuk membanteras propaganda anti-Malaysia dan dasar Konfrontasi Indonesia. Sambutan yang menggalakkan daripada pendengar di Indonesia menyebabkan Suara Malaysia menambah waktu siaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| THUMBOO, EDWIN | Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik, dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor bahasa Inggeris di National University of Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die (1977) menerima anugerah puisi Singapore National Book Development Council pada tahun 1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada tahun 1987, dia menerima Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree (1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue (1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the Merlion (1979). Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia mendapat pendidikannya di Victoria School dan University of Malaya di Singapura. | UMUM | |