PUJANGGA ISTANA | PUJANGGA ISTANA, penulis teks raja-raja Melayu. Dalam sistem pemerintahan raja-raja Melayu zaman dahulu, istana menjadi pusat segala aktiviti termasuk penulisan. Raja melantik seseorang yang berkebolehan untuk menjadi jurutulisnya terutama apabila ada utusan hendak dihantar kepada raja di negeri lain. Biasanya jurutulis hanya menulis tetapi yang sebenar mengarang surat itu ialah orang lain yang cekap dalam penggunaan bahasa. Orang ini bergelar pujangga istana atau bujangga istana. | SASTERA | Konsep |
EJAAN DAN TULISAN KAWI | EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.
| BAHASA | Bahasa |
PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT | PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Kosa kata bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu sejak zaman prasejarah. Braddell menyatakan bahawa kosa kata itu meliputi agama, falsafah, perdagangan, barangan muzik, undang-undang, raja-raja dan istana, flora dan fauna, dan sebagainya. | BAHASA | Konsep |
SKALD | Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan puisi skald memuliakan pemimpin yang berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan (sejenis rima antara suku kata yang mengandungi vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan konsonan yang sama). Puisi skald juga menggunakan sejenis metafora luasan yang disebut sebagai kenning. Lihat juga Edda; Saga. | UMUM | |
ASAAD SHUKRI HAJI MUDA | Ahli bahasa dan politik. Dia lahir pada 25 Februari 1905 di Kampung Masjid, Kota Bharu Kelantan, yang terkenal sebagai pusat pengajian agama terbesar di Kelantan pada awal abad ke-20, dan sebagai pusat pentadbiran dan pusat Istana Diraja Kelantan. | BAHASA | Tokoh |
SPLIT | Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan Croatia yang membangun daripada bandar purba Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik (lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini memberikan satu contoh yang paling baik tentang seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan penting dan juga pusat bagi perindustrian – terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak tidak jauh dari bandar ini. | UMUM | |
KERATON | KERATON, istana raja di jawa, Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindu. Makna keraton yang lebih luas ialah kawasan kediaman keluarga diraja. Keraton biasanya didiami oleh raja sendiri dan keluarganya yang ada hubungan darah raja dan juga hamba raja. Dalam bahasa Jawa daerah, 'dalem benteng' bermaksud keraton yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi seolah-olah `kota kecil' dalam kota seperti yang terdapat di keraton Yogyakarta dan Surakarta. Dalam kota kecil ini terdapat rumah kediaman, jalan, pintu gerbang dan sebagainya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MPU TAN-TULAR | MPU TAN-TULAR ( ? - ? ), pujangga istana pada zaman pemerintahan Raja Hayam Wuruk (1350-1389). Karyanya tergolong dalam kitab-kita Jawa kuno baharu. Antara hasil karyanya yang terkenal ialah Arjunawijaya Kakawin. Asal cerita Arjunawijaya Kakawin diambil daripada kitab Uttarakanda. Kitab ini ditulis dalam bahasa prosa dan terdapat banyak ayat dalam bahasa Sanskerta yang diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa kuno. | SASTERA | Tokoh |
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III | Kapsyen : Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUNTING MALAR | Kapsyen : Sunting malar SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu. Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala. Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini. Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam. | BUDAYA | Alat/Alatan |