Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa spt yg digunakan sewaktu bercakap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ragam bahasa yg digunakan dlm pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lisan
Kata Terbitan : melisankan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESUSASTERAAN MELAYU-INDONESIA

Kesusasteraan Melayu-Indonesia ialah

kumpulan sastera lisan dan tulisan yang dikarang

dalam bahasa Melayu Semenanjung Tanah Melayu

dan di Gugusan Kepulauan Melayu atau Indonesia

di Asia Tenggara. Lihat Gugusan pulau.

UMUM 
INTERPRETASI

Interpretasi ialah usaha mengungkapkan semula mesej dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran, yang dibuat dalam bentuk lisan atau isyarat.

BAHASAKonsep
KABA MINANGKABAU

KABA MINANGKABAU, satu bentuk sastera lisan Minangkabau, Secara etimologis perkataan kaba berasal daripada bahasa Arab “khabarun” yang bererti berita, warta atau khabar. Dalam perkembangannya kemudian, kaba tidak lagi berupa berita, tetapi merupakan cerita. Kaba berbentuk lirik prosa, berirama dan bermatra. Lirik kaba pula biasanya terdiri 8, 9 dan 10 suku kata.

SASTERAKarya
ASMA'IY, AL-

Asma‘iy, al- (122–215 H./740–830 M.), salah

seorang pelopor sepenuh masa dalam bidang

pengumpulan syair. Nama penuhnya ialah Abu

Sa‘id ‘Abd. al-Malik ibn Qurayb al-Bahiliy. Dia lahir

dan dibesarkan di bandar Basrah. Al-Asma‘iy

meninggal dunia di Marwu (Khurasan). Semasa

hayatnya dia berkecimpung dalam bidang bahasa

– peristilahan bahasa iaitu penyusunan kamus

dan biografi pada masa itu. Dia juga terkenal

dengan koleksi syair-syair Arab dan koleksi syair

yang sukar didapati. Pengumpulan subjek-subjek

berkaitan linguistik ini memainkan peranan

penting untuk melahirkan kamus-kamus Arab

pertama yang menjadi asas kepada kamus-kamus

karya agung selepas itu seperti al-Qamus al-Muhit

dan Lisan al-‘Arab.

UMUM 
WASIATWASIAT, perkataan daripada bahasa Arab yang bermakna menyatakan kehendak atau pesanan terakhir sebelum wafat.  Pengertian yang sama digunakan dalam budaya Melayu, khususnya terhadap peninggalan harta secara bertulis atau lisan.  Dalam ertinya yang umum, wasiat mendapat makna yang khusus dalam kesusasteraan Melayu lama bercorak sejarah.  Mengikut teks bercorak sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai atau Sulatatus Salatin, sudah menjadi  tradisi bagi raja-raja yang memerintah dalam menghadapi saat terakhirnya, berpesan kepada putera pewaris takhta tentang betapa pentingnya bagi putera itu apabila menjadi raja kelak berlaku adil.  Tradisi ini dikatakan ‘wasiat’ terakhir seorang raja kepada bakal penggantinya.BUDAYAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
DIALEK MELAYU LOMBOKDIALEK MELAYU LOMBOK, dialek yang dituturkan oleh penduduk pesisiran Pulau Lombok yang berasal dari Kampung Melayu Bangsal, di kota Ampenan, Lombok Barat, Indonesia. Menurut tradisi lisan yang dikutip Sutama, keturunan Kampung Melayu Bangsal yang sangat majmuk terdiri daripada orang Bugis, Mandar, Banjar dan Sumatera sebagai pengasasnya.BAHASABahasa
KURIK KUNDI MERAH SAGA

KURIK KUNDI MERAH SAGA,  kumpulan pantun lisan Melayu. Kumpulan ini mengandungi 5653 rangkap pantun. Semua pantun dalam kumpulan ini mula dirakam pada akhir tahun 1985 di seluruh Malaysia, kecuali  Pulau Pinang. Kumpulan pantun ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990.

SASTERAPenerbitan
TEROMBA

TEROMBA, teks yang menyatakan salasiah dan kandungan undang-undang adat perpatih, Khususnya seperti yang diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri  Sembilan, Malaysia. Undang-undang tersebut yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat atau bangsa, suatu sistem atau sebagainya. Teks lisan atau tertulis ini adalah dalam bentuk puisi yang indah, padat dan penuh daya kreatif. Teromba berkait rapat dengan terasul dan tombo. Terasul ialah cara menggunakan salasiah adat seperti dalam perkahwinan sementara tambo bermakna sejarah bagi masyarakat atau adat, tersusun dalam bahasa yang tetap dan dalam bentuk puisi. Istilah teromba juga dikenal dengan nama lain, seperti gurindam, gurindam adat, kata-kata adat, perbilangan adat, kiasan adat dan pepatah adat.

SASTERAKonsep
DIALEK MELAYU BANJARDIALEK MELAYU BANJAR, dialek Melayu yang dituturkan oleh lebih kurang dua juta orang di Pulau Borneo, terutamanya di Propinsi Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur, serta beberapa ribu orang lain di Sumatera dan Malaysia. Selain jumlah penutur yang besar itu, banyak karya sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi dialek Banjar, misalnya Hikayat Banjar. Dialek itu juga diperkaya dengan tradisi sastera lisan yang masih berkembang dalam pelbagai genre. Akhir-akhir ini, sastera rakyat itu mula dikaji dan didokumentasikan. Begitu juga, sejak tahun 1977, para sarjana Indonesia giat menjalankan penyelidikan tentang tatabahasa dan penyebaran dialek Banjar.BAHASABahasa
ZAINI OJE @ OZEAZAINI OJE @ OZEA (1951-      ), penulis, aktivis kesusasteraan dan kesenian.  Dia lahir pada 12 Februari 1951 di Kampung Rajang, Sarikei, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Galau, Kampung Rejang, Sarikei dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Three Rivers, Mukah.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri.  Pada tahun 1973, dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris.  Dia juga memperoleh Diploma In Applied Linguistics dari RELC, Singapura pada tahun 1984/1985.  Di samping itu, dia pernah menghadiri Kursus Intensif Penulis dan Pengarah Drama TV (1975), Kursus Pengadilan Drama dan Tarian (1977) dan Bengkel Tradisi Lisan dan Kem Teater (1984).SASTERATokoh

Kembali ke atas