| INTERPRETASI | Interpretasi ialah usaha mengungkapkan semula mesej dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran, yang dibuat dalam bentuk lisan atau isyarat. | BAHASA | Konsep |
| KAMUS DEWAN | KAMUS DEWAN, kamus ekabahasa bahasa Melayu yang mula diusahakan pada tahun 1963 dan diterbitkan pada tahun 1970 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kamus Dewan merupakan salah satu korpus bahasa yang penting yang dapat memaparkan perkembangan sesuatu bahasa, khususnya dari segi ejaan, sebutan, bentuk dan jenis kata, semantik, pragmatik, stilistik, dan sebagainya. Kamus ini dijangka dapat menjadi dokumen penting yang mencatatkan pelbagai aspek perkembangan bahasa Melayu moden, khususnya antara tahun 1950-an sehingga tahun 1970. Pengguna sasaran kamus ini ialah pengkaji atau penyelidik bahasa Melayu serta pembaca umum di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan juga sesiapa yang berminat untuk mengkaji perkembangan bahasa Melayu. | BAHASA | Penerbitan |
| PERKAMUSAN MELAYU | PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya. Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis. Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya. Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya. | BAHASA | Konsep |
| SANGKAR | SANGKAR, kumpulan cerpen karya Anwar Ridhwan. Sangkar diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kumpulan cerpen ini pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1986/87. Lima buah cerpen dalam Sangkar juga pernah memenangi hadiah yang sama bagi kategori cerpen eceran. Cerpen “Dunia Adalah Sebuah Apartment” memenanginya pada tahun 1973, cerpen “Sesudah Perang” memenanginya pada tahun 1971 manakala cerpen “Sahabat”, “Menjadi Tua” dan “Sasaran” memenangi hadiah tersebut pada tahun 1982/1983. Empat belas cerpen disiarkan sebelum tahun 1982, enam buah cerpen disiarkan pada sekitar tahun 1982 – 1983 dan dua buah cerpen disiarkan pada tahun 1986. | SASTERA | Karya |