INTERPRETASI | Interpretasi ialah usaha mengungkapkan semula mesej dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran, yang dibuat dalam bentuk lisan atau isyarat. | BAHASA | Konsep |
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR | PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR, badan persuratan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan persuratan Melayu. Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888. Pengasasnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor). Antara kegiatan utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris). | BAHASA | Bahasa |
PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTLLAH BAHASA MELAYU | PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTlLAH BAHASA MELAYU, buku pedoman untuk penggubalan istilah. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1975. Penerbitnya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. Edisi kedua buku ini diterbitkan pada tahun 1987. Buku setebal 35 halaman ini terbahagi kepada enam bab, iaitu Bab Pertama: Konsep-konsep Dasar, Bab Kedua: Sumber Istilah, Bab Ketiga: Unsur dan Proses Tatabahasa dalam Peristilahan, Bab Keempat: Aspek Makna dalam Pembentukan Istilah, Bab Kelima: Istilah Singkatan dan Lambang dan Bab Keenam: Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman. | BAHASA | Bahasa |
HIKAYAT SERIBU SATU MALAM | HIKAYAT SERIBU SATU MALAM, sastera berbentuk cerita berbingkai. Hikayat ini diterjemahkan daripada sumber cerita asal dalam bahasa Arab yang berjudul Alfa Laylah wa Laylah. Cerita ini merupakan hasil kesusasteraan Arab yang paling terkenal. | SASTERA | Karya |
DAFTAR ISTILAH MBIM | DAFTAR ISTILAH MBIM, buku daftar istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu, diterbitkan pada tahun 1986 hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam persidangan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia). Buku setebal 1601 halaman ini menghimpunkan lebih kurang 75 000 istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu bagi 65 bidang/ subbidang ilmu. Daftar istilah ini telah dikumpul semenjak persidangan MBIM yang ke-7 hingga ke-23 yang meliputi tahun 1974 hingga tahun 1985. Daftar ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia bagi negara Malaysia dalam majlis tersebut. | BAHASA | Karya |
KEJURUTERAAN | Kejuruteraan ialah kerjaya yang mengaplikasikan pengetahuan saintifik untuk sesuatu manfaat. Perkataan engineering dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin ingeniare yang bermaksud mereka atau mencipta. Jurutera mengaplikasi prinsip ilmu sains dalam mereka struktur, jentera dan semua produk yang dikeluarkan. Mereka juga sentiasa mencari jalan terbaik dalam menggunakan sumber sedia ada dan sentiasa membangunkan bahan-bahan baru. Jurutera mempunyai peranan secara langsung dalam penciptaan teknologi moden yang melibatkan perkakasan, bahan, teknik, dan sumber kuasa yang memudahkan kehidupan kita (lihat Teknologi). | UMUM | |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |
GANGGA NEGARA | GANGGA NEGARA, kerajaan Melayu kuno di Perak. Kewujudan kerajaan tersebut tercatat dalam sumber Yunani purba, India, China dan Arab-Parsi tetapi sehingga kini amat sedikit, malahan hampir tiada langsung bahan-bahan, bertulis ataupun bukti-bukti arkeologi yang secara pasati dikaitkan dengan kerajaan Gangga Negara. Gangga mungkin mengambil sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara dalam bahasa Sanskrit bermakna negeri. Gangga Negara bererti negeri di tepi sungai. Namun begitu catatan Ptolemy dalam bukunya, Georaphike Huphegesis, yang ditulis sekitar tahun 150 M, ada menyebut nama Coconagara yang secara fonetiknya seakan-akan perkataan Gangga Negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ZAMAN GERHANA, | ZAMAN GERHANA, novel sejarah karya A. Samad Ahmad. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1976. Zaman Gerhana mempunyai asas sejarah yang kuat dan penulis menggarapnya berdasarkan Sejarah Melayu. Penulisan novel ini juga merujuk sebilangan buku dari sumber sejarah Barat seperti Portugis, Belanda dan British. Novel ini telah diadaptasi ke dalam bentuk drama pentas oleh Badan Budaya DBP di bawah arahan Othman Haji Zainuddin pada tahun 1986 (sempena DBP 30 tahun). | SASTERA | Konsep |