PROSA | Prosa ialah bahasa pertuturan dan bahasa tulisan harian. Prosa juga ialah salah satu daripada dua bentuk utama penyataan kesusasteraan. Yang satu lagi ialah puisi. Surat khabar dan majalah ditulis dalam bentuk prosa. Begitu juga dengan biografi, esei, sejarah, novel dan sebahagian besar drama. Kebanyakan prosa tidak mempunyai pola irama yang tetap, tidak seperti kebanyakan puisi. Prosa juga tidak mempunyai ritma, yang merupakan ciri kebanyakan puisi. Walau bagaimanapun, penulis prosa sering menggunakan unsur-unsur puisi seperti aliterasi dan perulangan, sesetengah penulis pula menggubah prosa yang sangat berirama. Dalam kebanyakan hal, pembaca tidak dapat membezakan dengan jelas antara prosa dengan puisi. | UMUM | |
EJAAN DAN TULISAN BAHASA MELAYU | EJAAN DAN TULISAN BAHASA MELAYU, sistem ejaan yang telah wujud sejak abad ke-4 dan mendapat pengaruh dari India seperti Kawi (Kavi) dan Pallava, tulisan Bencong, tulisan Jawa, tulisan Arab atau yang keudiannya bertukar menjadi tulisan Jawi dan tulisan Rumi.
| BAHASA | Bahasa |
EJAAN DAN TULISAN RENCONG | EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.
| BAHASA | Bahasa |
SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU | SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU, jenis atau sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu wujud sejak abad ke-4 M. berdasarkan bukti pada prasasti atau batu bersurat yang ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam. Sistem tulisan pada prasasti tersebut menggunakan tulisan yang dipinjam dari India. Terdapat satu lagi prasasti iaitu di Kutai, Kalimantan Timur yang bertarikh pada tahun 400 M. Sistem tulisan pada prasasti ini menggunakan tulisan dalam bahasa Sanskrit, tetapi yang diceritakan ialah tentang seorang raja yang menggunakan nama Melayu. | BAHASA | Konsep |
EJAAN DAN TULISAN RUMI | EJAAN DAN TULSIAN RUMI, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17.
| BAHASA | Bahasa |
KESUSASTERAAN JEPUN | Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun, seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar. Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M. Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an. | UMUM | |
EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI | EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah ( ) atau Jawi ( ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah ‘Aqa’id al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
| BAHASA | Bahasa |
EJAAN DAN TULISAN KAWI | EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.
| BAHASA | Bahasa |
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA | EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.
| BAHASA | Bahasa |
SEQUOYAH | Sequoyah (1760?–1843) ialah lelaki kaum Asli Amerika Cherokee yang mencipta satu sistem tulisan untuk bahasa Cherokee. Dia dikenali sebagai Cadmus of America (lihat Cadmus ). Pokok sekuoia raksasa dan Taman Negara Sekuoia di California, Amerika Syarikat, telah dinamakan sempena namanya. Namanya sering dieja sebagai Sequoya. | UMUM | |