Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah.te.ra] | بهترا

Definisi : sl kapal besar; melayarkan ~ hidup ki menjalani kehidupan sehari-hari; mengendalikan ~ rumah tangga mengendalikan kehidupan berumah tangga atau berkeluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah.te.ra] | بهترا

Definisi : sj kapal layar yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahtera


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARARAT

Ararat ialah tempat bahtera Noah mendarat

selepas Deluge mengikut Bible. Dalam Bible, kisah

ini dijelaskan dalam Genesis 6-8. Ararat adalah

kawasan yang dikelilingi Tasik van di Armenia

purba, kini bahagian Turki. Ramai orang percaya

bahtera Noah berada di Gunung Massis, gunung

tertinggi di Ararat, kini dikenali Gunung Ararat.

Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa

Aramaik dan Syriac menjelaskan bahtera ini

mendarat di gunung di Kurdistan yang terletak di

tenggara Tasik Van.

Kawasan Ararat dinyatakan dalam II Kings 19:37

dan Isiah 37:38. Laluan ini digunakan oleh anakanak

raja Assyria Sennacheris yang melarikan diri

ke Ararat selepas membunuh ayah mereka.

UMUM 
ARK

Ark (dalam bahasa Inggeris), biasanya merujuk

kepada bahtera yang melindungi Noah dan

keluarganya semasa Banjir Besar yang

diterangkan dalam kitab Bible (Gen. 6). Perkataan

itu juga merujuk kepada bakul tempat Moses

disembunyikan. Dalam saumaah Yahudi, ark ialah

almari yang menyimpan kitab Torah , lima kitab

pertama Kitab Perjanjian Lama. Perkataan ark

berasal daripada perkataan Latin arca , yang

bermakna peti , kotak , atau laci . Di Eropah, ark

bermakna peti atau bakul tertutup untuk

menyimpan barang berharga. Di Amerika

Syarikat, ark merujuk kepada perahu leper yang

besar yang digunakan semasa peluasan negara.

Lihat juga Ark of the Covenant.

UMUM 
PAPIRUS

Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya

digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan

tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk

membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu

kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung

bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai

orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa

menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada

papirus.

UMUM 
PULAU TIOMANPULAU TIOMAN,   tempat persinggahan kapal  perdagangan pada masa dahulu.  Pulau ini terletak di pantai timur, Pahang. Kajian arkeologi, filologi dan sejarah membuktikan fungsi pulau ini dan keadaan masyarakatnya. Sejak abad ke-10, pulau ini disinggahi oleh bahtera purba yang belayar di antara negeri China  dengan India. SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PERLAK

PERLAK, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Nusantara, Perlak terletak di Propinsi Daerah Istimewa Aceh, Sumatera, Indonesia.  Menurut catatan sejarah, sebelum kedatangan agama Islam, Perlak diperintah oleh raja-raja keturunan Siam.  Daripada catatan kitab Idhamul Hao karangan Abu Ishak al-Makarani, negeri ‘Peureulak’ adalah sebuah negeri yang tertua di Sumatera dan namanya terkenal sepanjang abad di kalangan para pedagang dunia dari China, Arab, Parsi, Hindustan, Itali, Portugis dan lain-lain yang melalui Selat Melaka.  Di Perlak juga suatu masa dahulu banyak terdapat kayu yang dikenal sebagai kayu ‘peureulak’, yang sangat baik untuk dijaikan bahan binaan kapal, perahu, sampan dan bahtera.  Oleh sebab kayu ini banyak dieksport, dan sempena nama kayu tersebut, maka tempat itu pun dikenal sebagai negeri Perlak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas