MIRA BAI | Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan, utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri. Namun dia meninggalkan segala kemewahan hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi memuji Krishna menyebabkan keluarganya memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia telah terselamat. | UMUM | |
BAI'AH | Bai’ah ialah pengiktirafan atau pengakuan taat setia seseorang atau sekumpulan orang kepada ketua atau pemerintah yang baru dilantik. | AGAMA | Konsep |
AL-BAI BITHAMAN AJIL | Al-Bai Bithaman Ajil ialah jualan dengan harga tangguh termasuk keuntungan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
AL-BAI UL-TAKJIRI | Al-Bai ul-Takjiri ialah prinsip syariah yang digunakan dalam urusan pindah milik harta yang disewa. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
LI BAI | Li Bai (701–762 M), pujangga agung pada zaman Dinasti Tang. Beliau juga dikenali sebagai Taibai dan Qinglian Penganut Buddha. | SASTERA | Tokoh |
KA‘B IBN MALIK ( ?–50 H. / ?–670 M.) | Ka‘b ibn Malik ( ?–50 H. / ?–670 M.), sahabat nabi daripada golongan Ansar daripada Bani Khazraj di Madinah. Dia ialah salah seorang yang terlibat dalam Bai`ah al-Aqabah yang kedua yang mana dia sendiri memberi Bai`ah kepada Rasulullah SAW. | UMUM | |
ABU AYYUB AL-ANSARIY | Abu Ayyub al-Ansariy (? –52 H./ ? –672 M.), salah seorang sahabat besar dan turut menghadiri Bai‘ah al-‘Aqabah yang kedua. Nama penuhnya ialah Khalid ibn Zayd al-Ansariy dari Bani al-Najjar, suku Khazraj di Madinah (Yathrib–Tibah). Ketika Rasulullah SAW berhijrah dan sampai di Madinah, Baginda tinggal dan menetap di rumah Abu Ayyub al-Ansariy r.a. sehinggalah masjid dan rumah Baginda dibina pada tahun itu. | UMUM | |
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN | Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./ ? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh sebab itu dia segera memeluk Islam dan merupakan antara enam orang terawal menemui Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik sebagai salah seorang naqib. | UMUM | |
LI BO | Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga China yang agung. Namanya dieja dengan beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan gambaran romantiknya tentang alam semula jadi, terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya. Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi tentang etika dan norma kesusilaan. | UMUM | |
TAIPING | TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British. Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota. Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan. Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883. bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan. Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |