Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai.Öah] | بيعة

Definisi : Ar 1. perakuan sumpah setia kpd seseorang yg diberi kuasa; 2. sokongan terhadap perjanjian yg dibuat (mis dgn menyebut nama Allah sbg tanda sokongan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baiah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NUSAYBAH BINT AL-HARITH

Nusaybah bint al-Harith ialah Nusaybah bint

al-Harith al-Ansariyyah. Ada mengatakan dia

adalah Nusaybah bint Ka‘ab. Dia adalah seorang

daripada golongan sahabat yang terkenal. Dia

memeluk Islam dan memberi baiah kepada

Rasulullah s.a.w. Nusaybah adalah orang yang

diberi tugas memandikan jenazah Zaynab bint

Rasulullah s.a.w. Kemudian para ulama

mempelajari kaedah pemandian jenazah

daripadanya. Nusaybah juga bersama-sama

Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. Dia

bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang

tercedera di samping menyediakan makanan

untuk mereka. Di samping itu, dia mengiringi para

tentera di belakang dalam ekspedisi mereka.

Nusaybah pada mulanya menetap di Madinah

tetapi kemudiannya berpindah ke Basrah.

UMUM 
RUQAYYAH BINT RASULULLAH S.A.W.

Ruqayyah bint Rasulullah s.a.w. (? – 2 H./? –

624 M.) ialah anak Khadijah bint Khuwaylid. Dia

memeluk Islam ketika ibunya memeluk Islam. Dia

turut melafazkan baiah kepada Rasulullah s.a.w.

bersama adik-beradiknya dan sekumpulan

perempuan Islam.

UMUMUmum

Kembali ke atas