Tikus belanda ialah mamalia kecil di Amerika Selatan. Ia adalah sejenis cavy liar yang dijinakkan. Ahli sains menggunakan haiwan ini dalam eksperimen yang banyak ubat. Tikus belanda juga digunakan untuk penyelidikan dalam bidang kelakuan, keturunan, dan pemakanan. Tikus belanda menjadi haiwan kesayangan yang baik kerana ia jarang menggigit dan mudah dijaga. Tikus belanda adalah rodensia, seperti beaver , tikus dan tupai. Tikus belanda panjangnya dari 25 sentimeter hingga 35 sentimeter dan beratnya lebih kurang 0.5 kilogram. Ia mempunyai kepala yang besar, telinga yang kecil dan kaki yang pendek. Kebanyakan tikus belanda yang semula jadi mempunyai bulu berwarna perang atau kelabu yang panjang, kasar. |