BUDAK RAJA | BUDAK RAJA, hamba lelaki di istana. Istilah ini berkaitan dengan orang Melayu atau masyarakat Melayu Pahang dan juga negeri-negeri Melayu yang lain. Budak raja terdiri daripada sama ada orang muda daripada keluarga baik-baik; ada juga mereka yang terdiri daripada anak-anak yang dilahirkan hasil perhubungan putera-putera raja atau golongan bangsawan dengan perempuan biasa, atau mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah di daerahnya dan meminta perlindungan raja. Oleh sebab kebanyakan budak raja ialah kaum kerabat istana atau orang besar-besar, maka budak raja boleh dianggap sebagai golongan yang memerintah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ANUGERAH | ANUGERAH, pemberian yang berupa hadiah yang terbesar dan tinggi nilainya. Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit ‘nugeraha’ atau ‘ anugeraha’. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ALAMAT | Alamat, dianggap sebagai petanda nasib masa hadapan yang baik atau buruk. Alamat baik meramalkan peristiwa yang diimpikan, dan alamat buruk meramalkan bencana. | UMUM | |
PRASANGKA | Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa mengambil waktu dan usaha untuk membuat pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang berprasangka cenderung memutarbelitkan, menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun mengabaikan fakta yang bertentangan dengan pendapat yang telah ditentukannya terlebih dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka mungkin percaya bahawa semua individu dalam suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik, agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya, ataupun tamak. | UMUM | |
ASPIDISTRA | Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan. Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior . | UMUM | |
LIBEL | Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang merosakkan nama baik seseorang. Gambar, tanda dan maklumat yang disiarkan di radio atau televisyen mungkin mengandungi libel. Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun, slander melibatkan kata-kata yang diucapkan atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan nama baik seseorang. Di negara-negara yang membenarkan kes-kes slander, mangsa slander mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin membuat dakwaan kerana menyebabkan nama syarikat atau perbadanannya terjejas. | UMUM | |
SHAMANISME | Kepercayaan wujudnya roh baik dan roh jahat. | AGAMA | Kepercayaan |
PERAKAUNAN | Perakaunan ialah penyediaan dan analisis rekod kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik. | UMUM | |
MANUSIA | Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk Allah di muka bumi antara semua kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan menjadikan kejadiannya sama dan seimbang. Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan pertuturan yang dapat membezakannya daripada makhluk yang lain. | UMUM | |
PITA MERAH | Pita merah ialah istilah kurang baik yang digunakan untuk menerangkan ketidakcekapan sesuatu birokrasi yang besar sama ada, awam atau swasta. Istilah ini berasal dari England pada tahun 1700-an. | UMUM | |