MORGAN, SIR HENRY | Morgan, Sir Henry (1635?–1688) ialah bajak laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam perdagangan dan perebutan tanah jajahan. Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada tahun 1671, dialah yang menyebabkan kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah. | UMUM | |
DEERE, JOHN | Deere, John (1804–1886) ialah pereka dan pengusaha Amerika. Pada tahun 1837, dia mencipta bajak keluli pertama yang mampu membalikbalikkan tanih prairi Amerika yang padat. | UMUM | |
TENGGALA | TENGGALA, alat pertanian untuk menggembur tanah. Tenggala juga dikenal sebagai bajak. Alat tradisional ini telah diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman dahulu. Tenggala ditarik oleh lembu atau kerbau. Bagi tanah yang agak keras, petani menggunakan dua ekor lembu dan seekor kerbau untuk menarik tenggala. Petani yang menggunakan tenggala mengemudikan perjalanan haiwan di bahagian belakang sambil menekan bahagian mata tenggala ke dalam tanah. | BUDAYA | Alat/Alatan |