ADAT PERKAHWINAN BAJAU | ADAT PERKAHWINAN BAJAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum Bajau di Sabah. Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. | BUDAYA | Konsep |
BAJAU | BAJAU, suku bangsa yang dikenal sebagai ‘anak laut’ di Filipina atau ‘pengembara laut yang berpindah-randah’. Kadangkala mereka disebut sebagai ‘penghuni perahu’. Di Semenanjung Malaysia, khususnya di Johor, mereka dikenal sebagai Orang Laut. Di Singapura pula, mereka dikenal sebagai Orang Selitar. Di Sulawesi, mereka dikenal sebagai Orang Bajaui, manakala di Sabah mereka disebut sebagai Orang Bajau atau Samah. | BUDAYA | Konsep |
DALING-DALING | DALING-DALING, tarian suku kaum Bajau di Semporna dan suku kaum Suluk di Sandakan, Sabah; dipercayai berasal dari Pulau Mindanao. Tarian ini dibawa oleh orang Suluk yang berhijrah ke Sabah. Disebabkan ada persamaan antara orang Suluk dengan Bajau Laut dari segi adat resam, agama, budaya dan kesenian, wujudlah asimilasi dan saling pengaruh-mempengaruhi sehingga tarian ini seolah-olah menjadi milik suku kaum bajau. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
RUNSAI | RUNSAI, seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah. Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau. Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
KUMPIT | KUMPIT, alat pengangkutan air bagi suku kaum Bajau Laut-Suluk. ‘Kumpit’ merupakan istilah tradisional yang hanya terkenal dalam masyarakat Bajau-Sama-Suluk. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |
SULUK | SULUK, suku kaum Sabah yang berasal dari Kepulauan Sulu. Istilah Suluk juga kadangkala dieja sebagai Sooloo atau Sulu. Orang Suluk di Sabah berasal dari pantai timur laut Mindanao, Filipina. Pada sekitar tahun 1200, berlaku penghijrahan orang Suluk ke Kepulauan Sulu melalui hubungan mereka dengan para pedagang Bajau-Sama yang berasal dari Johor. Menjelang awal abad ke-17, orang Suluk memantapkan kedudukan mereka di Sulu hingga dapat mempengaruhi pemerintahan Kesultanan Sulu pada abad ke-17 dan abad ke-18. Orang Suluk dipercayai tiba di negeri Sabah pada sekitar 200 tahun dahulu bersama-sama kumpulan lain dari selatan Filipina seperti orang Bajau, Iranun dan Obian. Mereka juga digelar sebagai Orang Laut kerana corak hidup mereka yang gemar belayar. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
BETITIK | BETITIK, persembahan muzik tradisional suku kaum Bajau di Sabah untuk memeriahkan sesuatu majlis atau upacara seperti majlis belang (majlis perkahwinan). Persembahan betitik menggunakan alat muzik yang terdiri daripada dua biji gong, dua biji gendang, dua biji bebandil dan sebiji kulintangan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
LAHAD DATU | LAHAD DATU, petempatan masyarakat keturunan Sabah. Dalam bahasa Bajau, ‘Lahad’ bererti tempat dan ‘Datu’ pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Lahad datu ialah salah satu daripada tiga daerah utama dalam bahagian Tawau, Sabah. Dua daerah lain merujuk pada daerah Tawau dan Semporna. Lahad Datu terletak di bahagian timur negeri Sabah, iaitu di bahagian utara Teluk Darvel dengan keluasan kawasan 11 025 km persegi, dan lebih kurang 482 km jauhnya dari Kota Kinabalu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TENUNAN | TENUNAN, hasil kraf tangan utama yang menampakkan keragaman tekstil Melayu. Kain tenunan bererti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masyarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenun duduk, tetapi berkembang kemudian dengan alat tenun berkaki. Tenunan paling awal di Tanah Melayu telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan, dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Masyarakat Iranun, Batak dan Toraja terkenal dengan tenunan ikat benang kapas. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PARTI PERIKATAN SABAH | PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik. Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |