Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baju laki-laki potongan Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju melayu

Puisi
 

Baju awak baju merah,
     Baju saya baju biru;
Nyanyi adik nyanyi sekolah,
     Nyanyi saya nyanyi rindu.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAJU MELAYU

Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat.

KESENIANArtifak/Mentifak
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN

PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah.  Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform.  Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya.  Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok.  Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm.

BUDAYAPakaian
BAJU KURUNG

BAJU KURUNG, pakaian tradisional orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Baju ini dikenal juga sebagai baju melayu. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tua dan muda, terutama untuk menghadiri majlis atau upacara rasmi. Selain itu, terdapat sejenis lagi baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang dinamakan baju kurung kedah. Terdapat beberapa perbezaan kecil antara ketiga-tiga jenis baju kurung ini, iaitu dari segi potongan dan cara memakai.

BUDAYAPakaian
BERENDOI

BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir.  Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai).  Pada ketika anak itu selamat dinaikkan ke endoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi.  Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah.

BUDAYAPerayaan/Upacara
BAJU SIKAP

BAJU SIKAP, sejenis baju pendek pakaian lelaki, berbelah di hadapan dengan pelbagai potongan. Baju ini merupakan pakaian tradisional orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia hingga tahun 1880-an. Di sesetengah tempat, baju ini disebut sebagai baju mengan, baju putera raja dan bermacam-macam lagi.

BUDAYAPakaian
PAKAIAN PUTERI PERAK

PAKAIAN PUTERI PERAK, pakaian tradisi negeri Perak yang mengandungi baju, seluar panjang, kain samping dan selendang.  Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu.  Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan.

BUDAYAPakaian
PENGLIPUR LARAPENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu.  Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita  tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya.  Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat.  Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya.  SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas