POKOK RUMBAI | Pokok rumbai ialah pokok kecil atau pokok renek yang dinamakan demikian kerana kelopak bunganya bak benang atau bak rumbai berwarna putih. Ia juga dikenali sebagai <i> janggut orang tua i> ( <i> old man’s beard i> ). Pokok rumbai ini tumbuh sehingga kira-kira 10 meter tingginya. Bunganya yang halus mekar pada awal musim bunga. | UMUM | |
KROKUS | Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada batang tebal bak bebawang yang disebut <I>umbisi. I> Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang mekar pada musim gugur. | UMUM | |
ZINJANTROPUS | Zinjantropus ialah makhluk bak manusia yang dipercayai oleh kebanyakan ahli antropologi hidup kira-kira 1 750 000 tahun dahulu. Tengkorak fosil <I>Zinjantropus I>dijumpai pada tahun 1959 oleh ahli antropologi British, Mary D. Leakey di Olduvai Gorge di utara Tanzania. Ia adalah satu daripada petanda awal bahawa makhluk bak manusia primitif pernah hidup di timur Afrika. | UMUM | |
SAWI PUTIH | Sawi putih ialah sayur bak kubis yang telah ditanam di negara China sejak tahun 400-an M. Ia mempunyai daun yang lebar dan tebal yang membentuk kepala yang panjang dan berbentuk silinder. Sesetengah jenis, seperti <i> pak choi i> mempunyai kepala yang tercerai dan terbuka. Yang lainnya, seperti <i> michihli i> dan <i> wong bak i> mempunyai kepala yang lebih padat. | UMUM | |
RATEL | Ratel ialah haiwan bak badser yang hidup di Arab Saudi, India, Nepal, dan di sebahagian besar Afrika. Ia juga dikenali sebagai <i> badger madu i> kerana ia sering memakan madu. | UMUM | |
POLISTIRENA | Polistirena ialah bahan plastik bak kaca, ringan yang digunakan dalam pelbagai barang. Keluaran yang dibuat daripada polistirena termasuklah pembungkus makanan, penebat, barang rumah, dan bahagian kereta. | UMUM | |
PHALAROPE | Phalarope ialah burung kecil bak burung kedidi yang membiak di Hemisfera Utara dan menghabiskan musim sejuk di Hemisfera Selatan. <i> Phalarope kelabu i> dan <i> phalarope leher merah i> membiak di kawasan Artik dan sub-Artik. Burung ini menghabiskan musim sejuk di laut lepas di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. | UMUM | |
SILIUM | Silium ialah struktur halus bak rambut yang mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang berombak dalam organ ini menolak keluar habuk, bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air, sel yang mengandungi silium mengipas air yang mengandungi makanan dan oksigen ke dalam haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ deria dan sebagai cara bergerak. Lihat juga Protozoa (Siliat). | UMUM | |
ENAMEL | Enamel ialah bahan bak kaca yang digunakan terutamanya untuk membentuk permukaan licin dan berkilau pada logam. Enamel boleh terdapat dalam mana-mana warna dan digunakan untuk menghiasi banyak jenis barang termasuk cawan, mangkuk, dan pinggan logam. | UMUM | |
KEKABU | Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika. | UMUM | |