RAZI, ABU BAKAR MUHAMMAD AL- | Razi, Abu Bakar Muhammad al- (250–320 H./ 864–924 M.), pakar bidang perubatan yang menghasilkan pelbagai karya dan risalah mengenai perubatan. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Zakariyya Abu Bakar al-Raziy. Dia lahir di bandar al- Rayy yang terletak di selatan Tehran. Dia mempelajari bidang perubatan selama 30 tahun sehingga dilantik menjadi Pengarah Hospital Besar Bimaristan di al-Rayy. Tidak lama selepas itu, dia berpindah ke Baghdad. | UMUM | |
SAN'ANIY, ABU BAKAR AL- | San’aniy, Abu Bakar al- (126–211 H. /744–827 M.), penghafaz hadith yang dihormati dan ulama Yaman yang menerima hadith daripada Mu‘ammar, Ibn Jurayj, al-Thawriy. Nama penuhnya ialah Abu Bakar ‘Abd al-Razak ibn Hammam ibn Nafi‘ al- Hamyari, al-San‘aniy. Imam Ahmad, Ibn Mu‘in, Ishaq ibn Rahawayh, Ibn al-Madini dan para ulama lain banyak mengambil hadith daripadanya. Dia seorang imam dalam ilmu hadith dan seorang hafiz yang berautoriti dalam bidang ini. Al-San‘aniy meninggalkan buku-buku ilmiahnya, antaranya ialah kitab al-Musannaf dan Tafsir al-Qur’an dan kedua- duanya telah dicetak. | UMUM | |
ZUBAYDI, ABU BAKAR AL- | Zubaydi, Abu Bakar al- ( ? –379 H./?– 989 M.), pakar ilmu nahu dan bahasa. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn al-Hasan ibn Abdullah ibn Bashar. Dia lebih dkenali dengan nama Abu Bakar al-Zubaydi al-Ashbili al-Andalusi. | UMUM | Tokoh |
ASMA' BINT ABU BAKAR AL-SIDDIQ | Asma' bint Abu Bakar al-Siddiq (27 S.H.–73 H./595–692 M.) ialah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menggelarkannya Zat al-Nitaqayn yang bermaksud “yang mempunyai dua tali pengikat”, kerana dia menyediakan makanan untuk ayahnya, Abu Bakar r.a. dan Rasulullah s.a.w. ketika mereka berhijrah ke Madinah. Oleh sebab tidak terdapat sebarang tali untuk mengikat bekas minuman, Asma’ terpaksa membelah tali pinggangnya kepada dua bahagian dan mengikat bekas minuman tersebut. | UMUM | |
ABU BAKAR AL-SIDDIQ | Abu Bakar al-Siddiq (51 S.H.–13 H./573 M.–634 M.) ialah Khalifah al-Rashidin pertama dan lelaki dewasa pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW. Dia ialah ‘Abdullah ibn Abu Quhafah. Nama sebenar Abu Quhafah ialah ‘Uthman ibn ‘Amir ibn Ka‘b, al-Taymi berbangsa Quraisy. | UMUM | |
ABU BAKAR AL-BAQIR | Abu Bakar al-Baqir (1907–1973), tokoh politik, agama dan pendidik Malaysia. Dia ialah pengasas Maahad el-Ehya al-Shariff, Gunung Semanggol, Perak. Dia juga ialah pengasas Hizbul Muslimin, sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1948. | UMUM | |
MAHARAJA ABU BAKAR | MAHARAJA ABU BAKAR (1833–1995), sultan dan pelopor pemodenan Johor. Baginda diputerakan pada 3 Februari 1833. Baginda adalah putera Temenggung Seri Maharaja Johor Daeng Ibrahim atau Daeng Ronggek. Apabila Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, jawatan temenggung disandang oleh puteranya, Abu Bakar. Abu Bakar yang pada mulanya memakai gelaran Temenggung, kemudian memakai gelaran Maharaja, pada tahun 1868. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERTANIAN TEBANG DAN BAKAR | Pertanian tebang dan bakar lihat Indonesia (Pertanian) ; Orang Asli Amerika (Peladang); Pertanian (Pertukaran penanaman). | UMUM | |
AISYAH BINT ABU BAKAR | Aisyah bint Abu Bakar (8 S.H.–50 H./614–670 M.), isteri Rasulullah SAW dan merupakan wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia lahir di Makkah al-Mukarramah. Rasulullah SAW telah mengahwininya dan Sa’udah bint Zam‘ah pada tahun yang sama, tetapi Sa’udah terlebih dahulu bersama Rasulullah berbanding dengan Aisyah kerana usianya yang masih muda. Dia bersama Rasulullah SAW pada tahun ke-2 H., iaitu ketika berusia sembilan tahun. Dia berkahwin ketika masih anak dara tetapi tidak melahirkan anak untuk Rasulullah SAW. | UMUM | |
TENGKU ABU BAKAR HUSNY | TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 – 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk “sorotan cerpen” dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny. | SASTERA | Tokoh |