BAKAT TV | BAKAT TV, pertandingan bagi mencungkil bakat baharu dalam semua bidang hiburan yang dibuat secara tahunan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Bakat TV dimulakan pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1981. Selepas itu, Bakat TV ditukar bentuk menjadi Bakat RTM. Pada tahun 1970, semua jenis bakat digabungkan dalam satu pertandingan iaitu nyanyian solo, nyanyian berpadu suara, solo instrumental, pancaragam, aneka persembahan (silap mata, mimik dan lawak jenaka), dan disiarkan di televisyen secara bersiri. | BUDAYA | Kegiatan |
TCHAIKOVSKY, PETER ILICH | Tchaikovsky, Peter Ilich (1840–1893) ialah penggubah Rusia yang pertama memperoleh kemasyhuran dunia. Dia merupakan tokoh pengorkestraan yang mempunyai bakat yang sangat unggul dalam menggabungkan bunyi instrumental dan mencapai kesan orkestra yang merangsangkan. Dia juga memiliki bakat mengarang melodi yang sangat istimewa. Tchaikovsky biasanya diperikan sebagai penggubah muzik yang pada dasarnya penuh kehibaan. Kebanyakan muziknya sangat menghibakan, terutama gerak terakhir dalam Symphony No. 6 yang digubahnya. Walau bagaimanapun, dia juga mengarang muzik yang penuh semangat, seperti Marche Slave dan overtur “1812”; muzik lirik seperti dalam puisi simfoni Romeo dan Juliet ; muzik balet yang bertenaga seperti dalam Nutcracker Suite ; dan simfoni yang berkesan. | UMUM | |
KESENIAN CELT | Kesenian Celt. Orang Celt melahirkan bakat besar kesenian mereka pada seni dan kraf seperti kerja logam, seni arca, dan seramik (seni tembikar). | UMUM | |
SNOW, C. P. | Snow, C. P. (1905–1980) ialah lelaki Inggeris yang mempunyai pelbagai bakat dan paling dikenali sebagai penulis novel. Dia juga seorang ahli sains, pegawai kerajaan, dan pensyarah. | UMUM | |
KAUNSELING | Kaunseling ialah proses membantu orang ramai untuk meneliti dan memahami masalah peribadi serta memperkembangkan bakat mereka. | UMUM | |
PESTA ADELAIDE | Pesta Adelaide diadakan dua tahun sekali. Pesta ini menarik penyertaan para penghibur terkenal dari luar negeri, menggalakkan bakat penghibur tempatan, serta merangsangkan seni kreatif dan lakonan di Australia. | UMUM | |
TENNYSON, LORD | Tennyson, Lord (1809–1892), atau nama sebenarnya Alfred Tennyson ialah penyair Inggeris yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia menggantikan William Wordsworth sebagai penyair negara di United Kingdom pada tahun 1850. Tennyson memperoleh kedudukan dalam kesusasteraan kerana bakat semula jadinya yang luar biasa, dan dedikasi sepanjang kerjayanya yang begitu lama berusaha ke arah mencapai kecemerlangan seni. Kini, Tennyson dipandang tinggi sebagai penyair agung negara dan sebagai salah seorang ahli seni yang terulung dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
SITI MARIAM | SITI MARIAM (1929 - ), penyanyi. Dia lahir pada bulan Mac 1929 di Kota Bharu, Kelantan. Siti Mariam mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Garong, kemudian Sekolah Merbau hingga tamat Darjah Empat. Siti Mariam yang mewarisi bakat seni suara daripada nenek sebelah ayahnya mula menyanyi di majlis-majlis keramaian sejak kecil. Dia banyak mendapat bantuan daripada ayahnya, Asaad Shukri bin Haji Muda. Ayahnya seorang penggerak budaya yang terkenal di Kelantan pada masa itu, telah menyedari bakat anak gadisnya dan terus memanggil guru untuk mengenalkan muzik secara teratur kepada anaknya. Dia dilatih dan dibimbing oleh seorang pemuzik dari pasukan polis. | BUDAYA | Tokoh |
BREAM, JULIAN | Bream, Julian (1933– ) ialah pemain gitar dan pemain lut British. Bakat muziknya yang terserlah menjadikannya sebagai penghibur yang popular di Eropah dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
PARTON, DOLLY REBECCA | Parton, Dolly Rebecca (1946– ), penyanyi serta penulis muzik country dan muzik pop Amerika, menjadi penghibur terkenal pada tahun 1970-an. Suara Dolly yang terang lagi mendayu- dayu, penampilannya yang menggemparkan dengan rambut perang dan bakat pentasnya, menarik banyak peminat. | UMUM | |