BAKAU | BAKAU (Rhizophora L.), sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan pantai berlumpur di negara Tropika dan separa Tropika. Di Malaysia, terdapat dua spesies bakau iaitu R. mucronata (bakau kurap, belukap) dan R. conjugata L. (bakau minyak, bakau tanduk, akik). | BUDAYA | Flora dan Fauna |
HUTAN BAKAU | | UMUM | |
ARNHEM LAND | Arnhem Land terletak di penjuru timur laut di Wilayah Utara Australia. Kawasan ini beriklim tropika. Caruk pasang surut mengalir melalui paya bakau dan hutan tebal di dataran pinggir laut yang menganjur dari 30 kilometer hingga 50 kilometer ke pedalaman. Sebuah dataran tinggi setinggi kira-kira 500 meter di atas aras laut di tengah kawasan ini belum diterokai. Untuk lokasi, lihat Wilayah Utara (peta politik). | UMUM | |
ASID TANIK | Asid tanik, juga dikenali sebagai tanin , adalah satu kumpulan bahan kimia yang terdapat dalam batang, daun, buah, akar dan bahagian lain pokok. Tanin didapati daripada pokok seperti oak, bakau, wittle, chestnut, hemlock dan quebracho. | UMUM | |
TELUK CARPENTARIA | Teluk Carpentaria ialah cabang Laut Arafura yang terbentang ke arah utara Australia. Lebarnya lebih kurang 480 kilometer dan panjangnya 640 kilometer. Airnya cetek di kebanyakan tempat. Lapisan lumpur dan paya bakau terdapat di sepanjang pantainya. Untuk lokasi, lihat Australia (peta). | UMUM | |
HILIR | HILIR, bahagian sungai yang mengarah ke pantai. Kawasan hilir sungai biasanya dipenuhi dengan pokok bakau dan jenis pokok tropika yang tumbuh di tepi laut. Sebahagiannya dibersihkan untuk kegiatan penanaman padi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TELUK BELANGA | TELUK BELANGA, petempatan Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya selepas British menduduki Singapura. Teluk Belanga terletak di bahagian barat Sungai Singapura. Kawasan ini juga dinamakan Kampung Bahru atau Kampung Temenggung. Teluk Belanga pada mulanya ialah kawasan paya bakau, tetapi ia menjadi projek pertama pembangunan semula bandar di Singapura pada 14 Mac 1823, apabila Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya ditempatkan di sana. Namanya mengambil sempena nama ‘belanga’ yang kelihatan muncul di perairannya ketika Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya berpindah ke sana. Selain itu, dikatakan adanya sebuah busung dalam bentuk ‘belanga’ di kawasan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KUALA SELINSING | KUALA SELINSING, tapak arkeologi prasejarah akhir atau protosejarah awal. Kuala Selinsing di Pulau Kelumpang, Perak. I.H.N. Evans, orang pertama menjalankan ekskavasi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menamakan tapak tersebut sebagai tapak Tanjung Rawa, Kuala Selinsing. Antara tahun 1988 hingga tahun 1990, beberapa penyelidik arkeologi dapat mengesan semula tapak tersebut dan menemuinya di dalam hutan paya bakau, Pulau Kelumpang. Tapak tersebut terletak dari Pelabuhan Sepetang, melalui Sungai Selinsing, sejauh lebih kurang 14 km. Jalan Sungai yang paling dekat ke situ melalui Kampung Selinsing atau dari Kuala Gula, sejauh lebih kurang 7 km. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |