MUHAMMAD BAKIR ( ? - ? ), penyalin manuskrip Jawa. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Muhammad Bakir bin Syafian bin Usman bin Fadhil atau al-Fadli. Muhammad Bakir adalah seorang penyalin manuskrip Melayu yang sangat prolifik pada abad ke-19. Dia mungkin berketurunan Melayu, Jawa atau Cina peranakan. Dia mungkin memulakan aktiviti menyalin pada tahun 1884 kerana tahun inilah yang terawal ditemui tercatat pada manuskrip salinannya.