STAFILOKOKUS | Stafilokokus ialah organisma biasa yang tergolong dalam kumpulan bakteria bulat. Bakteria ini dikenali sebagai kokus. Di bawah mikroskop, stafilokokus kelihatan berumpun-rumpun yang tumbuh seperti gugusan buah anggur. | UMUM | |
STREPTOKOKUS | Streptokokus ialah genus (kumpulan) bakteria yang berkongsi ciri-ciri tertentu. Di bawah mikroskop, streptokokus kelihatan sebagai rantaian organisma berbentuk sfera. Streptokokus dikelaskan sebagai bakteria hemolitik. Bakteria ini mengeluarkan toksin yang memusnahkan seluruhnya atau sebahagiannya sel darah merah. Pemusnahan ini dikenali sebagai hemolisis. | UMUM | |
ABSES | Abses ialah nanah yang terjadi dalam bahagian tubuh yang dijangkiti bakteria. Nanah mengandungi bakteria, plasma darah, dan debris daripada sel yang mati. Ia juga mengandungi sel darah putih yang digunakan oleh badan untuk mencegah jangkitan. Abses biasanya akan kelihatan merah dan bengkak yang boleh pecah dan mengalir. Abses mungkin terjadi di dalam mana-mana tisu yang dijangkiti bakteria. | UMUM | |
DOMAGK, GERHAND | Domagk, Gerhand (1895–1964) ialah doktor Jerman yang telah mengenal pasti pengubatan daripada bahan kimia prontosil rubrum, sejenis dadah sulfa. Dia membuktikan yang dadah ini boleh menghapuskan bakteria streptokoki. Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan yang meluas termasuklah sakit tekak, demam merah dan kayap. | UMUM | |
SALMONELOSIS | Salmonelosis ialah jenis keracunan makanan yang umum dan biasanya dikenali sebagai salmonela kerana ia berpunca daripada jangkitan beberapa jenis bakteria Salmonella . Manusia mendapat salmonelosis daripada makanan atau air yang tercemar dengan bakteria ini. Ayam, itik, susu, telur dan keluaran yang dibuat daripada telur adalah makanan yang sering kali membawa bakteria tersebut. Terdapat juga bakteria Salmonela jenis lain yang menyebabkan beberapa penyakit berjangkit yang lain. Misalnya, bakteria Salmonella typhi menyebabkan demam tifoid (lihat Demam tifoid ). | UMUM | |
YOGURT | Yogurt ialah produk tenusu yang dihasilkan daripada fermentasi susu oleh bakteria. Ia merupakan kasein (sejenis protein dalam susu) separa pepejal yang terbentuk daripada tindakan bakteria asid laktik tertentu terhadap campuran pepejal susu tanpa lemak, lemak susu, gula dan agen penstabil. | PEMAKANAN | Sifat/Keadaan |
BAKTERIA | Bakteria, organisma satu sel yang bergantung hidup pada bahan organik yang telah mati, atau hidup sebagai parasit. | BIOLOGI | Mikroorganisma |
OSTEOMIELITIS | Osteomielitis ialah keradangan tulang dan sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan, biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun. Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria. Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan, kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya. Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan tulang dan seterusnya kecacatan. | UMUM | |
RIKETSIA | Riketsia adalah mana-mana satu daripada sekumpulan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit berjangkit tertentu pada manusia. Riketsia pernah dikelaskan sebagai virus tetapi kini dianggap sebagai sejenis khas bakteria. Ia berbeza daripada kebanyakan bakteria dengan dua cara. Ia lebih kecil, dan seperti virus, ia tidak boleh membiak di luar sel hidup. | UMUM | |
SPIRILA | Spirila lihat Bakteria (gambar). | UMUM | |