TASIK BALA | Tasik Bala ialah tasik yang terbesar di Wales Utara. Panjangnya ialah enam kilometer dan ia terletak di Gwynedd. Tasik yang panjang dan sempit ini menganjur pada arah timur laut ke barat daya. Sungai Dee mengalir melaluinya. Nama tasik ini adalah sempena bandar Bala yang terletak di utara tasik tersebut. Llangower terletak di pinggir timur. Orang Wales menamakan tasik tersebut Llyn Tegid. | UMUM | |
TOLAK BALA | TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri. | BUDAYA | Adat |
DEE | Dee ialah nama lima batang sungai di Britain atau di Ireland. Sungai yang paling terkenal berpunca dari Tasik Bala, Gwynedd, Wales, mengalir melalui Clwyd dan kemudiannya membentuk sebahagian sempadan Wales dengan England. Sungai ini terus mengalir melalui Cheshire sebelum mengalir masuk ke Laut Irish. Panjang sungai ini lebih kurang 110 kilometer. | UMUM | |
SULEIMAN I | Suleiman I (1494–1566), menjadi terkenal di dunia Barat sebagai “The Magnificent” tetapi di kalangan rakyatnya sendiri sebagai “The Lawgiver”. Baginda adalah pemerintah ke-10 Empayar Uthmaniyyah. Baginda mengetuai bala tenteranya menyerang Hungary, dan menyerang kubu Vienna. Di Asia, tenteranya menyerang Parsi (Iran), dan menawan Tabriz dan Baghdad. Angkatan laut Suleiman menguasai Laut Mediterranean, Laut Merah dan Teluk Parsi. Kelasi-kelasinya menguasai Afrika Utara dan menyerang pantai Sepanyol, Perancis, dan Itali. Suleiman menawan pulau Rhodes daripada Kesateria Saint John. Baginda menyemak semula sistem perundangan Empayar Uthmaniyyah. Baginda bergaduh dengan beberapa orang anaknya dan menghukum bunuh dua daripadanya. | UMUM | |
AJUNG | AJUNG, cara pengubatan tradisional kaum Brunei dan Idahan di Sabah untuk menolak bala. | BUDAYA | Konsep |
PERTEMPURAN BALAKLAVA | Pertempuran Balaklava berlaku berdekatan pekan Balaklava di Krimea, Rusia pada 25 Oktober 1854 semasa perang Krimea. Tentera Perancis, Turki, dan British telah menawan Balaklava dengan mudah dan menubuhkan pangkalan di situ. Pihak Rusia menghantar bala tentera yang besar dari Sevastopol , iaitu pangkalan tentera laut kira-kira 13 kilometer di barat laut Balaklava, untuk menawan semula bandar itu. Serangan itu gagal, tetapi kedua- dua pihak mengalami kerugian besar. Lihat Perang Krimea. | UMUM | |
TANGKAL | TANGKAL, sesuatu yang digunakan untuk menjauhi bala atau sesuatu yang buruk. Di sesetengah tempat, tangkal disebut sebagai azimat. Sebelum datangnya era sains dan teknologi, masyarakat Melayu pada umumnya masih dipengaruhi dengan kepercayaan bukan saintifik. Oleh sebab masyarakat Melayu pada zaman dahulu lagi tidak memahami sepenuhnya tentang hukum-hukum alam di sekitarnya, maka perkara yang tidak difahami dikatakan berpunca daripada kuasa ghaib. Kuasa ghaib atau halus yang bersifat negatif dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu berkeadaan tidak stabil, tidak mempunyai kuasa atau lemah semangat. | BUDAYA | Kepercayaan |
MANDI SAFAT | MANDI SAFAT, upacara mandi untuk pengantin baharu dengan tujuan menolak bala. Upacara mandi safat dikenal juga sebagai mandi sampat dan diamalkan sejak sebelum kedatangan Islam. Upacara ini melibatkan aspek pemujaan, dan kepercayaan kepada semangat serta menilik keraksian pasangan pengantin. Dengan kedatangan Islam, upacara ini disesuaikan dengan ajaran agama itu. | BUDAYA | Kepercayaan |
SURAH YUNUS | Surah Yunus ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-10 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 109 ayat. Surah ini dinamakan Yunus kerana di dalamnya disebutkan kisah Nabi Yunus a.s. dan mengandungi nasihat dan teladan mengenai pengangkatan azab daripada kaum baginda, ketika mereka beriman setelah mereka hampir-hampir ditimpa azab dan bala. | UMUM | |
MANDI SAFAR | MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’. Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan. | BUDAYA | Kepercayaan |