Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balai I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENTAS OPERA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTAS OPERA, drama 13 babak karya Zakaria Ariffin.  Drama ini memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Hadiah Drama ESSO-GAPENA II pada tahun 1988/89, dan dipentaskan buat pertama kalinya di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989 oleh anggota Badan Budaya DBP.  Zakaria bertindak sebagai pengarah.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SULTAN YAHYA PETRAKapsyen1">          :1">           Sultan Yahya Petra

 

SULTAN YAHYA PETRA (1917-1979),  Sultan Kelantan yang ke-11. Baginda diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.  Baginda adalah putera kedua kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhamad IV dengan Cik Embong Haji Laut.  Baginda adalah raja pemerintah Kelantan daripada kerabat diraja keturunan Long Yunus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENAJIS

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830.  Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau.  Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut .  Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh.  <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah MelayuI> ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh  Datuk Najuh.  Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran  dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PULAU LUNDY

Pulau Lundy ialah pulau di Selat Bristol di luar

pantai utara Devon di United Kingdom. Ia terletak

kira-kira 39 kilometer ke barat Ilfracombe dan 19

kilometer ke utara Tanjung Hartland. Ia berukuran

empat kilometer panjang 1 kilometer lebar. Pulau

ini merupakan balai cerap burung yang dikawal

oleh British Trust for Ornithology. Banyak burun<i> g i>

<i> puffin i>membiak di Pulau Lundy. Peninggalan Istana

Kota Marisco masih terdapat di pulau tersebut.

Lundy dimiliki oleh National Trust.

UMUM 
PANDJI PUSTAKA

PANDJI PUSTAKA, majalah kebudayaan yang terbit pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Ia diterbitkan oleh Komumin Toshokyoku (Balai Pustaka), Jakarta pada tahun 1942.  <I>Pandji PustakaI> mengandungi 32 halaman.  Alamat redaksi dan pentadbiran yang terakhir adalah di Jalan Pancar, Jakarta.  Majalah ini dipimpin oleh K. Sutan Pamoentjak (Pemimpin Umum) dan Armijn Pane (Pemimpin Redaksi), manakala redaktur budayanya ialah Sutan Takdir Alisyahbana dan H.B. Jassin.

SASTERAPenerbitan
GRES

GRES,1">  kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini,  cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif.

SASTERAKarya
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah.

1">            

BUDAYAKonsep
DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA

DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA, kumpulan cerpen, sketsa dan drama Idrus, setebal 168 halaman diterbitkan pada tahun 1948 oleh Balai Pustaka, Indonesia dan pernah diulang cetak sebanyak lima kali. Cetakan kelima, iaitu pada tahun 1975 diberi kata pendahuluan oleh H.B. Jassin. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, “Zaman Jepun” adalah hasil tulisan Idrus pada waktu awal kedatangan Jepun ke Indonesia. Bahagian kedua “Corat-coret di Bawah Tanah” ditulis semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Bahagian ketiga mengandungi “Kisah Sebuah Celana Pendek” dan “Surabaya dan Jalan Lain ke Roma”, dihasilkan sesudah 17 Ogos 1945, iaitu setelah Jepun menyerah kalah dan ketika api revolusi menuntut kemerdekaan sedang marak.

1"> 

SASTERAKarya

Kembali ke atas