New Plymouth (pend. 48 519) ialah sebuah bandar di Pulau Utara, New Zealand. Bandar ini merupakan bandar utama dan pelabuhan Taranaki, yang pernah satu masa dahulu dinamai provinsi New Plymouth . New Plymouth menjadi pangkalan pengeluar gas luar pantai yang amat besar. Bandar yang terletak di bawah cerun utara Gunung Egmont ini mempunyai beberapa pantai. Taman Pukekura, adalah salah satu taman yang mempunyai pemandangan yang paling indah di New Zealand. Muzium Taranaki dan balai seni lukis terletak berhampiran pusat bandar. Gereja St. Mary, yang dibuka pada tahun 1846, merupakan salah satu gereja batu tertua di New Zealand. |