Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lui] | بالوي

Definisi : ; baluian ark tidak ada yg menang dan tidak ada yg kalah, seri; ® baloi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balui


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMPANGAN BAKUN

Empangan Bakun, empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia. Empangan ini adalah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam-FRD). Empangan Bakun terletak di Sungai Balui, di Lembangan Sungai Rajang, dalam daerah Belaga, Sarawak. Ia terletak kira-kira 36 km dari Pekan Belaga.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TARIAN KENYAH

TARIAN KENYAH, tarian suku kaum Kenyah di Sarawak. Kebanyakan suku kaum Kenyah terdapat di kawasan Telang Usan, Baram, Balui dan Belaga. Suku kaum ini juga amat erat hubungan budayanya dengan suku kaum Kayan. Seperti juga kaum Kayan, masyarakat Kenyah  dikenali justeru tarian tradisionalnya yang unik dan pelbagai jenis. Kebanyakan daripada tarian ini lemah gemalai dan menarik.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SUNGAI RAJANGSUNGAI RAJANG, sungai terbesar dan terpanjang di Sarawak. Sungai Rajang atau Batang Rajang sepanjang lebih 560 km dan boleh dimudiki kapal bersaiz sederhana sehingga 128 km.  Bahagian muara sungai ini terletak dalam kawasan Bahagian Sibu dan Bahagian Sarikei, manakala bahagian hulunya terletak dalam Bahagian Kapit.  Cawangan utama sungai ini ialah Sungai Baleh, Sungai Balui dan Sungai Belaga.  Di bahagian muaranya membentuk sebuah delta yang subur dan terkenal dengan tanaman sagu yang diusahakan oleh kaum Melanau dan Melayu, khususnya di Kampung Igan dan Kampung Oya.  Pada masa silam, Sungai Rajang digeruni oleh ancaman pelanunan orang Iban dari Saribas, misalnya legenda pahlawan yang digelar Rentap.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
RUMAH ADAT ORANG BIDAYUH

RUMAH ADAT ORANG BIDAYUH, bangunan khusus yang digunakan untuk upacara agama, sosial dan adat orang Bidayuh di Sarawak.  Fungsi rumah adat ini adalah untuk mempereratkan hubungan semangat kekitaan di kalangan orang Bidayuh.  Orang Bidayuh membina rumah adat di setiap perkampungan mereka.  Bagi penduduk Bidayuh di daerah Bau, rumah adat mereka dikenal sebagai ‘Baruk’, di daerah Serian dipanggil ‘Baluh’ atau ‘Balui’ dan di Kuching dipanggil ‘Panggah’.

BUDAYABangunan/Kota

Kembali ke atas