MAJLIS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU | Majlis Bandar raya Johor Bahru (MBJB), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran, perancangan dan pembangunan Bandar raya Johor Bahru. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
MAJLIS BANDAR RAYA IPOH | Majlis Bandar raya Ipoh (MBI), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perancangan Bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak dan bandar keempat terbesar di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
SHEFFIELD | Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200) ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah England. Bandar raya ini terletak di kawasan berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai sebuah bandar raya perindustrian yang penting, Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri, iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain terkenal pada peringkat antarabangsa. | UMUM | |
SEATTLE | Seattle (pend. bandar–516 259; kawasan metropolitan–1 972 961) ialah bandar raya terbesar di Washington, Amerika Syarikat. Bandar raya ini merupakan pusat pengeluaran, perdagangan, dan pengangkutan yang penting di Barat Laut Pasifik. Bandar raya ini terletak di pantai timur Selat Puget, kira-kira 200 kilometer dari Lautan Pasifik melalui Selat Juan de Fuca. Kedudukan Seattle telah membantunya menjadi pintu masuk ke Alaska dan Timur Jauh. Lebih kurang dua per lima penduduk Washington tinggal di kawasan metropolitan Seattle. | UMUM | |
MOSCOW | Moscow ialah ibu negara Rusia dan salah sebuah bandar raya yang terbesar di dunia. Lebih daripada 8 1∕10 juta orang tinggal di Moscow. Sebagai perbandingan jumlah penduduk Moscow dengan bandar raya yang lain, lihat Bandar raya (jadual). | UMUM | |
NEW YORK CITY | New York City (pend. 7 322 564), bandar raya terbesar di Amerika Syarikat mengikut bilangan penduduk (lihat Bandar raya ). New York City merupakan salah satu daripada pusat perniagaan, kebudayaan, dan perdagangan yang terpenting di dunia. Ia juga menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sering kali, yang berlaku di New York City memberi kesan kepada seluruh Amerika Syarikat dan dunia. | UMUM | |
TAEGU | Taegu (pend. 2 229 040) ialah bandar raya ketiga terbesar di Korea Selatan selepas Seoul dan Pusan. Taegu terletak di bahagian selatan Korea Selatan (lihat Korea [peta]). Bandar raya ini adalah pusat perdagangan dan pendidikan. | UMUM | |
BANDAR RAYA | Bandar raya, kawasan perbandaran yang besar yang terdiri daripada pusat bandar dan bandar-bandar satelit. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SÃO PAULO | São Paulo (pend. 7 033 529; pend. kaw. met. 12 588 439) ialah bandar raya terbesar di Brazil dan menjadi pusat perindustrian dan perdagangan yang utama. Ia juga merupakan bandar raya terbesar di Amerika Selatan. São Paulo, ibu negara São Paulo, terletak di tenggara Brazil, kira-kira 386 kilometer dari Rio de Janeiro. Untuk lokasi, lihat Brazil (peta politik). | UMUM | |
SEOUL | Seoul (pend. 9 645 932) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Korea Selatan. Seoul merupakan salah satu bandar raya terbesar di dunia dari segi jumlah penduduknya (lihat Bandar raya ). Seoul berfungsi sebagai pusat kebudayaan, ekonomi, pendidikan, kewangan, kerajaan, dan aktiviti politik Korea Selatan. | UMUM | |