MAHKAMAH TENTERA | Mahkamah tentera memutuskan kes perundangan yang berkaitan dengan anggota perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera mengikut kaedah perundangan yang biasa. Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat, banduan-banduan diberi peguam bela yang terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk menyediakan kes mereka sendiri. | UMUM | |
ARMADA PERTAMA | Armada Pertama membawa banduan pertama dari Britain ke Australia pada tahun 1788. Pelayaran ini mengambil masa lapan bulan. Persediaan. Pada bulan Ogos 1786, Teluk Botany, di pantai timur Australia dinamakan sebagai tempat baru bagi menerima banduan yang dibawa dari Britain. Admiraliti Inggeris mula mengatur Armada Pertama, yang akan mengangkut kira-kira 700 banduan, berserta pegawai dan askar marin untuk mengawal banduan itu. | UMUM | |
TANAH JAJAHAN HUKUMAN | Tanah jajahan hukuman ialah petempatan di luar sesebuah negara tempat negara tersebut memenjarakan para banduan. Dari tahun 1500-an hingga pertengahan tahun 1900-an, banyak negara Eropah menggunakan tanah jajahan hukuman untuk mengurangkan kesesakan di penjara dan untuk membuang banduan ke tempat yang jauh. Kadang-kadang banduan ini digunakan sebagai buruh untuk membangunkan sumber alam sesebuah tanah jajahan. | UMUM | |
PORT ARTHUR | Port Arthur (pend. 150) ialah bandar di Tasmania, Australia dan pernah menjadi petempatan para banduan yang dibuang daerah. Ia terletak di Semenanjung Tasman, kira-kira 100 kilometer dari Hobart jika melalui jalan raya. Ramai pelancong datang ke bandar ini untuk menyaksikan tinggalan sejarah petempatan banduan. Antara bangunan yang terdapat di sini termasuklah sebuah gereja, sebuah rumah, sebuah hospital, dan penjara contoh yang masih wujud. Sir George Arthur ialah gabenor Tasmania yang menubuhkan petempatan banduan. | UMUM | |
KAPAL BAGUR PENJARA | Kapal bagur penjara ialah kapal yang digunakan untuk menempatkan banduan Inggeris. Kapal-kapal ini berlabuh di Sungai Thames dan di pelabuhan tentera laut di selatan England. | UMUM | |
BRADY, MATTHEW | Brady, Matthew (1799–1826), banduan yang menjadi bush ranger, Australia. Dia yang berketurunan Ireland lahir di Manchester, England, dan dibawa ke Van Diemen Land (kini Tasmania) pada tahun 1820, sebagai hukuman kerana menipu. | UMUM | |
MENGELE, JOSEF | Mengele, Josef (1911–1979) ialah doktor Jerman yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga melakukan ujian yang zalim ke atas banduan, dengan tujuan menghasilkan satu bangsa yang mempunyai rambut perang dan bermata biru. Para banduan menggelarkannya sebagai “Malaikat Maut”. | UMUM | |
SING SING | Sing Sing ialah nama sebuah penjara negeri di Ossining, New York, Amerika Syarikat. Dari tahun 1970 hingga tahun 1983, penjara ini dinamakan Ossining Correctional Facility. Penjara ini mempunyai sekolah dan kilangnya sendiri. Pada mulanya Sing Sing mempunyai bangunan untuk banduan wanita, tetapi kini, tidak ada banduan wanita di penjara tersebut. Pembinaan Sing Sing dimulakan pada tahun 1825 dengan menggunakan tenaga tahanan buruh. Kemudian, penjara ini disusun semula dan beberapa bangunan baru telah didirikan. | UMUM | |
PETRIE | Petrie ialah nama sebuah keluarga peneroka di Australia . Andrew Petrie (1798–1872) ialah pembina bangunan dan salah seorang peneroka yang pertama di Brisbane, Queensland, Australia. Dia lahir di Fife, Scotland. Dia tiba di Sydney dan bertugas sebagai pekerja bebas pada tahun 1831. Selepas bekerja sebagai kerani di jabatan kelengkapan, Petrie menjadi penyelia kerja di Teluk Moreton (kini Brisbane) pada tahun 1837. Apabila stesen banduan dipindahkan pada tahun 1839, Petrie tinggal di tempat yang sama sebagai peneroka bebas. Dia mereka bentuk dan membina banyak bangunan yang penting di sekitar tempat tersebut. Perjalanannya memberi banyak pengetahuan mengenai kawasan sekitar. Petrie ialah orang yang pertama mendaki Gunung Beerwah, di Pergunungan Glasshouse. Dia membawa balik ke Brisbane contoh-contoh pertama pain bunga. Pada tahun 1842, dia menemui Sungai Mary. | UMUM | |
MONT PELÉE | Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut. Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902, selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint- Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh. Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung berapi di atas Mont Pelée. | UMUM | |