HASSAN BANDUNG | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PENERBIT ABBAS BANDUNG | PENERBIT ABBAS BANDUNG, penerbit buku sastera dan buku-buku lain di Melaka. Penerbit Abbas Bandung merupakan salah satu institusi penerbit bumiputera yang pertama dan tunggal di Melaka selepas kemerdekaan. Buku-buku sastera yang diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung mendapat pasaran yang amat meluas sehingga Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerbit Abbas Bandung telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan dan bahasa Melayu. Antara pengarang Indonesia yang mendapat tempat di Penerbit Abbas Bandung ialah Hamka, Achdiat K. Mihardja dan Pramoedya Ananta Toer. | SASTERA | Penerbitan |
JAKOB SUMARDJO | JAKOB SUMARDJO (1939 - ), pengkritik kesusasteraan Indonesia. Dia lahir pada 26 Ogos 1939 di Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. Setelah lulus sekolah menengah atas, dia melanjutkan pengajian di Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (IKIP) Sanata Dharma, Yogyakarta dalam bidang Sejarah hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1962. kemudian, dia meneruskan pengajian di IKIP Bandung dan mendapat ijazah Sarjana Sastera dalam bidang yang sama pada tahun 1970. Jakob pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Atas St. Angala di Bandung selama beberapa tahun dan sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Tari Indonesia (ASTI), Bandung. | SASTERA | Tokoh |
PERSIS | PERSIS, pertubuhan Islam modenis di Indonesia. PERSIS ialah singkatan Persatuan Islam. Persatuan ini ditubuhkan di Bandung pada 12 September 1923 oleh sekumpulan cendekiawan Islam yang berminat kepada pengkajian dan kegiatan Islam. Sebelum tahun 1926, PERSIS tidak mengamalkan prinsip moden berorganisasi tetapi memupuk pengajian Islam. Pemimpin awalnya ialah Haji Zamzam, seorang guru agama di Sekolah Agama Darul Muta’allimun, Bandung dan Haji Muhammad Junus, seorang pedagang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
ABDUL HARIS NASUTION | Abdul Haris Nasution (1918- ), Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada tahun 1956 hingga 1962. Beliau dilahirkan di Kotanopan Tapanuli, Sumatera Utara, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di Hollandsche Inlandsche School (HIS), Hogere Kweekschool (HIK) iaitu Sekolah Guru Atas di Bukittinggi dan HIK Bandung. Selepas menjadi guru, Abdul Haris memasuki Akademi Tentera di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WILDAN YATIM | WILDAN YATIM (1933- ), penulis Indonesia. Nama penuhnya ialah Wildan Yatim Lubis. Dia lahir pada 11 Julai 1933 di Padangsidempuan, sumatera Utara, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Ibtidaiyah Muhammadiyah (1946); Sekolah Dasar di Ujunggading, Sumatera Barat (1948); Sekolah Menengah Pertama di Lubuksikaping, Sumatera Barat (1951); Sekolah Menengah Atas di Jakarta (1954) dan Jurusan Biologi Institut Teknologi Bandung (1961). Pada tahun 1988, dia mendapat gelaran Doktor dari Universitas Padjadjaran, Bandung. | SASTERA | Tokoh |
TOTO SUDARTO BACHTIAR | TOTO SUDARTO BACHTIAR (1929 - ? ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 12 Oktober 1929 di Paliman, Ceribon, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awalnya di Hollandsche School (HIS) Banjar, Ciamis, Jawa Barat pada tahun 1942. kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Pertanian di Tasikmalaya (1946), Sekolah Menengah Pertama di Ceribon (1947), Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO) di Bandung (1948), Sekolah Menengah Bagian Atas Negeri, Bandung (1950) dan Fakultas Hukum dan Pengetahuan Masyarakat Universitas Indonesia, Jakarta (1952). | SASTERA | Tokoh |
RANJAU SEPANJANG JALAN | RANJAU SEPANJANG JALAN, novel karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Novel ini dihasilkan pada tahun 1966 dan diterbitkan oleh Penerbitan Abbas Bandung, Melaka. Novel ini dianggap karya Shahnon yang paling baik dan salah sebuah novel Melayu yang mendapat perhatian para pengkaji kesusasteraan antarabangsa. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Rusia, Belanda, Denmark dan Jepun. | SASTERA | Karya |
RAMADHAN K.H. | RAMADHAN K.H. (1927- ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada 16 Mac 1927 di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ramadhan Kartahadimadja. Dia juga menggunakan nama samaran Gilang-gemilang. Ramadhan K.H. pernah belajar di Akademi Dinas Luar Negeri, tetapi tidak tamat kerana dia kurang berminat untuk menjadi seorang diplomat. Dia lebih tertarik pada dunia seni. | SASTERA | Tokoh |
DUKAMU ABADI | DUKAMU ABADI, kumpulan puisi pertama karya Sapardi Djoko, diterbitkan dengan jumlah yang terhad pada tahun 1969. Penerbitan kumpulan ini ditaja oleh Jeihan, pelukis dari Bandung. | SASTERA | Karya |