Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ka] | بڠک

Definisi : keras dan kaku, bangkar; tua ~ sangat tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangka

Puisi
 

Nasi sejuk digonggong semut,
     Bawa budak pergi ke Bangka;
Tuan sejuk tarik selimut,
     Ambil bantal ganti saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BANGKA

BANGKA, pulau yang terletak di timur Sumatera dan dipisahkan oleh Selat Bangka. Nama Bangka mungkin berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu ‘vanga’, yang bermakna logam timah atau plumbum; atau ‘wangka’ yang bermaksud sejenis kapal Cina. Menurut catatan sejarah, kapal dagang dari Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan Sumatera kerap kali menggunakan Selat Bangka untuk ke China atau Eropah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BAHASA MELAYU BANGKA BAHASAKonsep
MUNTOK

MUNTOK , pelabuhan utama di Pulau Bangka, Sumatera, Indonesia pada abad ke-19. Pulau Bangka mempunyai empat daerah iaitu Muntok, Plangas, Ampang dan Kadiala. Muntok ialah daerah terbesar di Pulau Bangka. Nama Muntok diambil sempena nama Lord Minto, Gabenor Jeneral British di India.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KOTA KAPUR

KOTA KAPUR, tempat inskripsi batu bersurat pada abad ke-7 M. Kota Kapur ialah sebuah kampung kecil di kecamatan Mendo Darat, kabupaten Pulau bangka, Propinsi Sumatera Selatan. Pada zaman penjajahan Belanda, Pulau Bangka merupakan residensi tersendiri. Di Kota Kapur, J.K. van der Meulan menjumpai inskripsi yang ada kaitannya dengan sejarah Sriwijaya. Inskripsi ini merupakan salah satu daripada lima buah inskripsi kutukan yang dibuat oleh Dapunta Hyang, Raja Sriwijaya. Inskripsi ini dipahatkan pada sebuah batu berbentuk tugu bersegi dengan ukuran 177 cm tinggi dan 32 cm lebar dan 19 cm pada bahagian puncak. Inskripsi ini ditulis dalam bahasa Melayu kuno huruf Pallawa. Orang pertama yang mengkaji inskripsi ini ialah Prof. Dr. H. Kern, seorang arkeologi. Pada mulanya dia menganggap Sriwijaya nama seorang raja. Melalui Dr. Coedes, barulah diketahuinya Sriwijaya ialah sebuah kerajaan di Sumatera pada abad ke-7 M. Isi yang tercatat pada inskripsi itu ialah:

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
RAJA KECIL

RAJA KECIL ( ? -1746), Sultan Johor-Riau (1718-1722). Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada tahun 1718 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Menurut Sejarah Melayu, Raja Kecil mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dan ibunya, Encik Pong. Raja Kecil dibesarkan di istana Minangkabau. Baginda mendapat kebenaran daripada Puteri Jamilan mengembara ke Tambang, Limon, Batanghari, Palembang, Johor, Lawas, Siantan, Bangka dan akhirnya pulang semula ke Minangkabau. Ketika berada di Lawas, Raja Kecil berkahwin dengan anak Dipati Mata Kucing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
D.N. AIDIT

 

D.N. AIDIT (1923-1965), Setiausaha Agung Parti Komunis Indonesia (PKI). Dia lahir pada 30 Julai 1923 di Pulau Bangka, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jafar Nawawi Aidit. Dia merupakan seorang pemimpin pemuda pada saat Proklamasi Indonesia pada bulan Ogos 1945.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SRIWIJAYA

SRIWIJAYA, kerajaan Melayu-Buddha di Sumatera pada abad ke-7 M.  Kerajaan ini berpusat di Palembang.  Antara tahun 671 M. hingga 695 M.  Sriwijaya berjaya mengembangkan pengaruhnya di kerajaan-kerajaan di Selat Melaka berdasarkan penemuan prasasti Sriwijaya yang terdapat di Palembang, Bangka, Karang Brahi dan Palas Pasemah yang bertarikh 683/684 M.  Pada tahun 776 M. kuasa Sriwijaya dipercayai sampai ke selatan Thailand sehingga ke Chaiya dengan merujuk prasasti Ligor.  Antara kerajaan yang ditaklukinya ialah Chieh-cha, Pan-pan, Langkasuka dan Takuapa.  Pada abad ke-9 M. Sriwijaya menjalin hubungan keluarga dengan dinasti Sailendra yang memerintah di Jawa Tengah.  Bukti hubungan kekeluargaan ini dapat dirujuk kepada prasasti Ligor, inskripsi Leiden dan inskripsi Chola.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SUNGAI MUSISUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan,  Indonesia.  Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi.  Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu.  Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi.  Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian.  Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir.  Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m.  Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil.  Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam.  Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M.  Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M.  tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit.  Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu.  Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah.  Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi.  Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka.BAHASAKonsep

Kembali ke atas