KHADIJAH HASHIM | KHADIJAH HASHIM (1945 - ), novelis. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah berpengantar Melayu dan Inggeris di Batu Pahat. Semenjak di bangku sekolah, Khadijah mempunyai kebolehan dalam lapangan syarahan dan bahasa, dan mempunyai minat mendalam dalam pelajaran bahasa dan sastera. | SASTERA | Tokoh |
SALOMA | Saloma, (1935–1983), penyanyi, pelakon dan Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang seni bermula semenjak zaman persekolahan. Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil bahagian dalam drama berjudul “Gadis Moden” dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek, kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan persekolahannya. | UMUM | |
YAHYA AHMAD, TAN SRI | YAHYA AHMAD, Tan Sri (1947-1997), ahli korporat. Dia lahir di Dungun, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga tahun 1966. Semasa di bangku sekolah, dia aktif dalam sukan ragbi dan pasukan kadet. Yahaya pernah mengajar di Sekolah Bukit Besi, Dungun sebelum melanjutkan pelajarannya di Loughborough College, England, pada tahun 1967. Dia mengambil jurusan kejuruteraan automotif dan lulus pada tahun 1970. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RABUAN PIT | RABUAN PIT (1956- ), olahragawan. Dia lahir pada 26 April 1956 di Merlimau, Melaka. Rabuan meminati bidang sukan sejak di bangku sekolah, khususnya dalam acara lompat kijang dan lompat jauh. Bagaimanapun, dia memberi tumpuan kepada permainan bola sepak dan badminton serta mewakili pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DJAMAL TUKIMIN | DJAMAL TUKIMIN (1946 - ), penulis dan aktivis budaya Singapura. Dia lahir pada 20 Oktober 1946 di Geylang Serai, Singapura. Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Teluk Kurau, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Singlap dan Sekolah Menengah Tun Seri Lanang. Djamal tidak pernah mempunyai pekerjaan tetap sejak meninggalkan bangku sekolah. | SASTERA | Tokoh |
KAMUS PELAJAR | KAMUS PELAJAR, kamus umum yang disusun khas untuk kegunaan pelajar. ‘Pelajar’ dalam konteks perkamusan merujuk kepada orang yang belajar bahasa Melayu. Dalam hal ini ‘kamus pelajar’ secara am dapat dianggap sebagai kamus untuk orang yang belajar bahasa Melayu tidak kira sama ada mereka masih di bangku sekolah atau tidak. Ada juga kamus pelajar yang ditujukan khas kepada orang asing yang ingin belajar bahasa Melayu atau kepada pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. | BAHASA | Penerbitan |
MUSA HITAM, TAN SRI | MUSA HITAM, Tan Sri (1934- ), ahli politik, Timbalan Perdana Menteri (1981-1986). Dia lahir pada 18 April 1934, di Johor Bahru, Johor. Musa mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Dia aktif dalam pasukan perdebatan sekolahnya, di samping aktif dalam permainan ragbi dan bola sepak. Dia juga bergiat cergas dalam persatuan seperti Kelab Pemuda Malaya di Johor Bahru dan Majlis Belia Johor. Ketika masih di bangku sekolah, Musa pernah dilantik sebagai wakil Johor dalam persidangan World Association of Youth di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AZIZ AFKAR | AZIZ AFKAR (1942 - ), penulis. Dia lahir pada 12 Disember 1942 di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Ismail tetapi lebih dikenal dengan nama Aziz Afkar. Dia mendapat pendidkan awal di kampung kelahirannya dan mula bergiat dalam bidang penulisan ketika masih di bangku sekolah lagi. | SASTERA | Tokoh |
YUSUF ISHAK, TUN | YUSUF ISHAK, Tun, (1910-1970), Presiden Republik Singapura yang pertama (1965-1970). Dia lahir pada 12 Ogos 1910 di Padang Gajah, Trong, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Perak sebelum memasuki Victoria Bridge School, Singapura. Yusuf lulus Sijil Cambridge dengan keputusan yang cemerlang pada tahun 1927. Dengan keputusan itu, dia diberi peluang meneruskan pelajarannya selama dua tahun di Raffles Institution Special Class, Singapura. Sejak di bangku sekolah, Yusuf seorang pelajar yang aktif dan sentiasa menjalankan apa saja tugas yang diberikan kepadanya. Hal ini terbukti apabila dia dilantik sebagai seorang pengawas di sekolahnya. Selain itu, dia juga pernah menganggotai pasukan kadet dan merupakan pelajar yang pertama di Singapura pernah dilantik sebagai leftenan muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SHARIFAH AINI | SHARIFAH AINI, Datuk (1953- ), biduanita negara dan pelakon. Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Beliau lahir pada 2 Julai 1953 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Maahad Johor Baru. Ketika di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan bakatnya dalam bidang seni suara, iaitu dengan membaca al-Quran dan menyanyi. Beliau pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan membaca al-Quran dan memenangi hadiah Johan Seni di sekolahnya pada tahun 1968. Pada tahun 1969, beliau menyertai peraduan nyanyian anjuran Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan berjaya menduduki tempat kedua. | BUDAYA | Tokoh |