BANK NEGARA MALAYSIA | Bank Negara Malaysia, bank pusat Malaysia. Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Negara 1958. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
EXCHEQUER | Exchequer ialah sebuah jabatan dalam Perbendaharaan United Kingdom. Ia mengumpul, mengurus dan membelanjakan dana kerajaan. Exchequer ialah sejenis akaun bank negara. | UMUM | |
DUIT SYILING MALAYSIA | DUIT SYILING MALAYSIA, wang syiling yang digunakan di Malaysia. Duit syiling mula diedarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 12 Jun 1967 dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit syiling yang bertarikh tahun 1967 hingga tahun 1970 dikeluarkan di Royal Mint, London dan Hamburg Mint, Jerman. Pada tahun 1971, Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling yang dikeluarkan di Shah Alam, Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
WANG KERTAS MALAYSIA | WANG KERTAS MALAYSIA, wang kertas yang digunakan di Malaysia. Wang kertas pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 12 Jun 1967, bernilai $1, $5, $10, $50 dan $100. Siri wang kertas ini tidak bertarikh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BANK | Bank, institusi yang menjalankan perniagaan perbankan. Istilah ini juga merujuk kepada Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA – Banking and Financial Institution Act 1989), Perkara 2(1). | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
SURAT KREDIT | Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank, mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan. Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat untuk membiayai pergerakan barangan antara negara-negara. Ia juga digunakan oleh para pengembara. | UMUM | |
BANK PEMBANGUNAN ASIA | Bank Pembangunan Asia ialah institusi kewangan bagi negara membangun di Asia Pasifik yang beribu pejabat di Manila, Filipina. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
ROTHSCHILD | Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka beberapa buah bank di beberapa buah negara Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu terkenal dengan nama House of Rothschild. Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang industri, politik, kedermawanan, dan sains. | UMUM | |
S.E.A. WRITE AWARD | S.E.A. WRITE AWARD, anugerah yang diberikan kepada penulis di negara-negara Asia Tenggara sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang sastera S.E.A. Write Award (Southeast Asia Write Award) atau Anugerah Penulisan Asia Tenggara dimulakan pada tahun 1979. Anugerah ini dianjurkan oleh The Oriental Hotel, sebuah hotel di Bangkok bersama-sama dengan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai, Kumpulan Ital Thai, Bangkok Bank Ltd. Dan Riche Monde (Thailand) Ltd. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
MUMTAZ JAAFAR | Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek. Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara Bank, dan Kejohanan MAKSAK. | UMUM | |