BANTEN | BANTEN, salah sebuah daripada negeri-negeri kecil Islam di Asi Tenggara. Banten berkembang maju semasa kemuncak perdagangan peribumi pada abad ke-16 dan ke-17. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG | SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG (? - ?), Sultan Banten (1651 – 1682). Nama sebenar baginda ialah Sultan Abdulfath Abdul Fattah Agung. Baginda adalah pemerintah tempatan terakhir yang merdeka di Sunda. Baginda berusaha mengembangkan Banten sebagai pusat eksport lada dari Sunda dan Lampung. Baginda juga telah meluaskan lagi hubungan dengan Ambon, Makasar, dan Jawa Timur untuk tujuan pengumpulan hasil rempah. Sultan Abdul Fattah mengadakan hubungan dengan Perak untuk perdagangan bijih timah. Hubungan dagang ini juga merupakan usaha baginda mencabar monopoli Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SJAFRUDDIN PRAWIRANEGARA | SJAFRUDDIN PRAWIRANEGARA (1911-1989), ahli politik dan Menteri Kewangan Indonesia. Dia lahir pada 28 Februari 1911 di Anyer Kidul, Banten, Jawa Barat, Indonesia. Ayahnya asisten wedana di Banten. Dia hidup dalam keluarga yang taat beragama. Dia mendapat pendidikan awal di Europeesche Lagare School (ELS) di Ngawi, Jawa Timur. Setelah tamat dari Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO), dia melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middelbare School (AMS) di Bandung. Pada tahun 1924, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Tinggi Hukum di Jakarta. Dia memperoleh Meester in de Rechten (Sarjana Hukum) pada bulan September 1929. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CIREBON | CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
HOESEIN DJAJADININGRAT | HOESEIN DJAJADININGRAT (1886-1960), sarjana Indonesia. Dia berasal daripada golongan Priyayi yang terkemuka di Banten, Jawa Barat pada abad ke-20. Dia lahir pada tahun 1886 di Kramat Watu, ketika ayahnya, Raden Bagus Djayawinata masih memegang jawatan wedana di daerah tersebut sebelum menjadi pegawai daerah Serang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PATIH UNUS | PATlH UNUS (1490-Y521), pemerintah Jepara (1507-1521). Nama sebenarnya ialah Yat Sun dan nama ini lebih dikenal dalam tradisi sejarah Jawa atau sejarah Banten. Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, salasilah keluarga Patih Unus berasal dari Kalimantan Barat. Datuknya berasal daripada golongan rakyat biasa, yang merantau ke Melaka dan menjadi kaya melalui perdagangan laut. Pada sekitar tahun 1470, dia berjaya mengambil alih kekuasaan daripada penguasa Jepara dan mengubah serta memperluas wilayah kekuasaan kota pelabuhan kecil tersebut menjadi salah satu kota pelabuhan dagang penting di pantai utara Jawa. Sebagai pemerintah Jepara, datuk Patih Unus tetap mengakui raja Demak sebagai pemerintah tertinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ISLAM DI JAWA | ISLAM DI JAWA, perkembangan agam Islam di Jawa yang mula bertapak di beberapa bandar pesisir utara sejak abad ke-11. Agama Islam dibawa oleh para pedagang Islam yang berdagang di pelabuhan seperti Gresik, Jepara, dan lainnya. Dari sana, agama Islam disebarkan kepada penduduk Jawa. Seterusnya, ‘pusat pendidikan agama’ dan pesantren didirikan oleh penduduk tempatan. Selanjutnya, agama Islam disebarkan melalui pusat pendidikan agama dan pesantren. Antara pemimpin di Jawa yang telah menerima dan mengembangkan agama Islam termasuklah Raden Patah (Raja Islam pertama di Jawa), Sunan Gunung Jati (Sultan Cirebon pertama) dan Maulana Hasanudin (Raja Banten pertama). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |