TASIK BAIKAL | Tasik Baikal, yang juga dieja Tasik Baykal ialah tasik yang terdalam di dunia. Ia juga mengandungi lebih banyak air daripada sebarang tasik air tawar yang lain. Tasik Baikal terletak di bahagian tenggara Siberia, yang merupakan sebahagian daripada Rusia. Dalamnya ialah 1620 meter di tempat yang terdalam dan merupakan lebih daripada 20 peratus daripada air tawar tidak beku dunia. | UMUM | |
SUNGAI AMAZON | Sungai Amazon ialah sungai kedua terpanjang di dunia selepas Sungai Nil di Afrika. Sungai ini merupakan sungai utama di Amerika Selatan dan sepanjang 6437 kilometer. Sungai Amazon mengandungi lebih banyak air daripada sungai-sungai lain seperti Sungai Mississippi, Sungai Yangtze, dan Sungai Nil yang digabungkan bersama. | UMUM | |
AIR TANAH | Air tanah ialah air yang terdapat di bawah permukaan bumi. Ia ialah sumber air bagi telaga dan banyak mata air. Air tanah membekalkan air tawar di banyak bahagian dunia. | UMUM | |
SUKULEN | Sukulen ialah nama bagi tumbuhan yang berisi seperti kaktus, yang mempunyai batang atau daun yang besar untuk menyimpan air. Tumbuhan sukulen tumbuh di gurun dan di tempat kering di dunia, iaitu ditempat tiada banyak air. Tumbuhan gurun mempunyai batang atau daun yang besar untuk menyimpan air. Lihat juga Famili spurge; Kaktus; Sedum. | UMUM | |
TAKUNGAN AIR | Takungan air ialah suatu tempat air disimpan dalam jumlah yang banyak untuk tujuan pengairan, penjanaan kuasa elektrik, pembekalan air dan rekreasi. Sesebuah takungan air mungkin semula jadi atau dibina oleh manusia. Tasik semula jadi mungkin dijadikan tempat takungan air yang membekalkan air untuk beberapa buah bandar. | UMUM | |
AIR PANCUT REMAJA | Air pancut remaja (Fountain of Youth) ialah mata air khayalan. Banyak cerita legenda menceritakan air pancut ini di Eropah dan Amerika. Airnya dipercayai boleh membuatkan orang tua menjadi muda dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. | UMUM | |
PINJAL AIR | Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18 milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan melakukan pergerakan mendayung dengan sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini sering digunakan dalam ujian ubat. | UMUM | |
TELUR | Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain. Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya sturgeon , digunakan untuk membuat kaviar . Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak); Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon. Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur. Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung, meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama telur untuk mengeluarkan anak. | UMUM | |
PERMAINAN LUNCUR AIR | Permainan luncur air, sejenis sukan air yang menguja dengan pemainnya “menunggang” buih ombak di lautan. Penduduk di pulau yang kini dikenali sebagai Hawaii telah bermain luncur air sebelum penjelajah Christopher Columbus belayar ke Dunia Baru pada tahun 1492. Sekarang permainan luncur air sangat popular di banyak negara, termasuk Australia , Brazil, Perancis, Indonesia, Jepun, Portugal, Peru , Afrika Selatan, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
SUNGAI | Sungai ialah kumpulan air yang banyak, yang mengalir di atas bumi dalam bentuk terusan yang panjang. Kebanyakan sungai bersumber dari gunung atau bukit. Hulu sungai mungkin terjadi daripada padang salji atau glasier yang mencair, mata air, atau tasik yang airnya melimpah. Ketika sungai mengalir, sungai itu menerima lebih banyak air daripada anak sungai dan sungai lain, serta daripada air hujan. Di hujung sungai ialah muara, tempat air sungai mengalir masuk ke sungai yang lebih besar, tasik, atau lautan. | UMUM | |