BARA BATU | BARA BATU, kumpulan cerpen Arena Wati yang memuatkan 30 buah cerpennya yang pernah tersiar dalam beberapa akhbar dan majalah tempatan sejak tahun 1969 hingga tahun 1979. | SASTERA | Konsep |
MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG | MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG, makanan yang dimasak di atas bara api atau didiangkan pada api yang sedang menyala. Membakar makanan boleh juga di dalam ketuhar, atau di dalam periuk dengan bara api di atas dan di bawah periuk tersebut. | BUDAYA | Makanan |
TIUB CROOKES | Tiub Crookes ialah sejenis tiub vakum. Sir William Crookes, ahli fizik dan ahli kimia Inggeris, mencipta tiub itu pada tahun 1870-an sebagai sebahagian daripada kajiannya tentang sinar katod. Usahanya membawa kepada penemuan bahawa sinar ini terdiri daripada aliran elektron. Tiub Crookes mempunyai elektrod di setiap hujung atau berhampiran dengannya, dan tekanan udara yang rendah di dalamnya. Apabila arus elektrik yang kuat mengalir dari <i> katod i> (elektrod negatif) ke <i> anod i> (elektrod positif), bara muncul di hujung tiub yang bertentangan dengan katod. Crookes membuat kesimpulan bahawa sinar yang tidak kelihatan daripada katod menyebabkan bara tersebut. Untuk mengkaji sinaran, Crookes meletakkan objek kecil dalam laluan sinar, di dalam tiub itu. | UMUM | |
MIRTEL LILIN | Mirtel lilin ialah pokok renek atau pokok kecil malar hijau yang berbau wangi, yang terdapat di sepanjang pantai timur Amerika Syarikat. Ia juga terdapat di Hindia Barat. Mirtel lilin tumbuh sehingga 11 meter tingginya dan mempunyai bunga yang kecil, berwarna kehijauan. Daun yang berukuran lima hingga 10 sentimeter diliputi bintik-bintik berwarna merah bara hingga perang. Mirtel lilin ditanam sebagai pokok hiasan dan tumbuh subur di tanah yang lembap. | UMUM | |
MAKANAN BEMBAM | MAKANAN BEMBAM, makanan yang dimasak di dalam bara atau abu hangat. | BUDAYA | Makanan |
MAKANAN SALAI | MAKANAN SALAI, makanan yang dikeringkan dengan cara dipanggang atau diasap di atas api atau bara. Antara makanan yang disalai termasuklah ikan, pisang dan kelapa (kopra). Makanan yang disalai boleh disimpan lama dan boleh dimasak pada bila-bila waktu yang diperlukan. Pisang salai boleh dimakan setelah cukup kering keadaannya | BUDAYA | Makanan |
JINS SHAMSUDIN, DATO' | JINS SHAMSUDIN, Dato’ (1935- ), pelakon, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada 5 November 1935 di Taiping, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Jin bin Shamsudin. Jins dikenal dengan panggilan Zain di kalangan keluarga dan rakan-rakannya. Bapanya Samsudin bin Kassim keturunan bangsawan Batu Bara berasal dari Aceh. | BUDAYA | Tokoh |
GELANGGANG | GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu “Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru”. | SASTERA | Institusi/Organisasi |