Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baram

Puisi
 

Sungai Baram terlalu bangat,
     Lama berkayuh sembilan hari;
Berkirim salam minta selamat,
     Berkirim surat minta jumpai.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIAN KENYAH

TARIAN KENYAH, tarian suku kaum Kenyah di Sarawak. Kebanyakan suku kaum Kenyah terdapat di kawasan Telang Usan, Baram, Balui dan Belaga. Suku kaum ini juga amat erat hubungan budayanya dengan suku kaum Kayan. Seperti juga kaum Kayan, masyarakat Kenyah  dikenali justeru tarian tradisionalnya yang unik dan pelbagai jenis. Kebanyakan daripada tarian ini lemah gemalai dan menarik.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PENAN

PENAN, suku kaum yang merupakan satu minoriti etnik di negeri Sarawak.  Mereka adalah antara suku kaum yang paling awal menduduki Pulau Borneo.  Kini, suku kaum Penan mendiami di kawasan pedalaman daerah Belaga, Bintulu, Baram, Miri dan Limbang dengan jumlah penduduk lebih kurang 10, 000 orang.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
BISAYA

BISAYA,  suku kaum peribumi di Kepulauan Borneo.  Mereka terdapat dalam beberapa kelompok kecil di sekitar Teluk Brunei, Beaufort, Weston, Sipitang, Sindumin,  Merapok, Padas, Lembah Sungai Kelias serta Pulau Labuan di Sabah.  Di Sarawak, mereka bertumpu di sekitar Lembah Sungai Limbang (Lubuk Lasas hingga Merasam), Sungai  Lawas dan Sungai Trusan, sepanjang pantai Miri dan Niah hingga ke Lembah Rejang dan Ulu Baloi di Bahagian Keempat, dan Batu Blah (Tutoh) di Baram di Bahagian Ketiga, Sarawak.  Di Brunei, mereka menetap di sekitar Tutong dan Belait.  Di Filipina pula, sebahagian besar mereka mendiami kawasan Kepulauan Visaya.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas