Resit ialah pernyataan bertulis tentang pembayaran yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang atau harta yang dipindahkan daripada pemilikan atau tanggungan seseorang kepada seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian (apabila sebahagian daripada jumlah penuh dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu . |