PERTUKANGAN EMAS | Pertukangan emas ialah seni dalam pembuatan barang kemas dan barangan lain daripada emas. Ia adalah salah satu seni yang paling tua di dunia. Tukang emas purba adalah pakar dalam pembentukan dan pematerian emas sejak seawal tahun 3500 S.M. Contoh paling tua dalam pertukangan emas ialah dari Mesir dan Mesopotamia . | UMUM | |
PERMATA | Permata ialah mineral atau bahan lain yang digunakan dalam barang kemas dan hiasan lain. Permata termasuk berlian, zamrud, baiduri, dan delima, serta permata yang dibuat di makmal dan permata tiruan lain yang dicipta secara artifisial. Apabila dilombong, kebanyakan batu permata asli mempunyai permukaan yang kasar dan bentuk yang tidak sekata. Pemotong permata yang mahir kemudiannya akan memotong dan menggilap batu- batu tersebut untuk menyerlahkan kecantikannya. | UMUM | |
DOUBLET | Doublet dalam pakaian, lihat Pakaian (Zaman Renaissance); dalam barang kemas, lihat Permata (Permata tiruan dan sintetik). | UMUM | |
SENI MANIK | Seni manik ialah seni membuat atau menghias objek dengan manik. Ia digunakan untuk mencipta aksesori seperti tali pinggang, jalur leher baju, dan jalur pergelangan tangan; dan untuk menghiasi pakaian, dompet, dan barang-barang yang lain. Barang kemas yang dibuat daripada seuntai manik tidak dianggap sebagai seni manik. | UMUM | |
PIN | Pin ialah logam yang pendek dan tajam. Ia digunakan terutamanya untuk menyemat dua atau lebih kain sekali. Manusia juga memakai pin sebagai barang kemas. | UMUM | |
ART DECO | Art deco, juga disebut sebagai style moderne , ialah sejenis gaya reka bentuk yang popular pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. Ia digunakan terutamanya pada perabot, barang kemas, tembikar, dan tekstil. Kebanyakan pereka bentuk art deco menghasilkan objek yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran, bukannya karya tunggal seperti lukisan dan seni. | UMUM | |
PEWARISAN | PEWARISAN, pemindahan hak terhadap harta benda, jawatan dan kedudukan daripada seseorang kepada seseorang yang lain dalam masyarakat. Dalam masyarakat Melayu, pewarisan harta benda atau jawatan boleh dibuat semasa seseorang masih hidup ataupun selepas dia meninggal dunia. Harta benda yang boleh diwariskan termasuklah tanah, rumah, barang kemas, harta-harta lain yang boleh dinilaikan dan barang-barang peribadi. Jawatan pula lebih merupakan jawatan simbolis lanjutan daripada struktur sosiopolitik Melayu tradisi. | BUDAYA | Konsep |
PAPIER-MÂCHÉ | Papier-mâché ialah campuran kertas dengan gam yang digunakan untuk kerja tangan dan seni halus. Papier-mâché merupakan bahan yang kuat untuk membuat barangan seperti perabot, barang kemas, topeng, patung, dan barang mainan. Artis menggunakannya untuk membuat arca. | UMUM | |
SARDONIKS | Sardoniks ialah sejenis kalsedoni, iaitu bentuk mineral kuarza yang berira halus. Kebanyakan sardoniks mempunyai lingkaran yang lurus atau melengkung sedikit, berwarna perang kemerahmerahan dan putih. Sumber utama sardoniks ialah Brazíl, Uruguay dan India. Sardoniks merupakan salah satu daripada batu permata yang kurang mahal. Ia digunakan pada cincin dan barang kemas lain. Tukang emas memotongnya rasa atau berbentuk kubah untuk memaparkan lingkaran warnanya. Kameo kadangkala dipotong dari sardoniks untuk mendapatkan lapisan warnanya. Sardoniks adalah salah satu permata kelahiran bulan Ogos. Lihat juga Kalsedoni; Oniks; Permata. | UMUM | |
PERIDOT | Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya berwarna kehijauan kerana kandungan besinya. Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang emas memotong dan mencanai peridot berkualiti tinggi untuk menghasilkan permata yang mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai barang kemas yang indah-indah. Peridot yang rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan empelas dalam proses yang dikenali sebagai tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan. Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran untuk bulan Ogos. | UMUM | |