PERTH | Perth (pend. 1 143 265) ialah ibu negeri dan pusat perniagaan Australia Barat. Bandar ini terbentang di sepanjang dataran di antara Lautan Hindi di barat dan bukit bukau Tubir Darling di timur. Perth terletak 3352 kilometer dari Sydney. Kira-kira 70 peratus penduduk Australia Barat tinggal di Perth. | UMUM | |
SOFIA | Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria, di samping merupakan pusat ekonomi dan kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat Bulgaria (peta). | UMUM | |
ODESSA | Odessa (pend. 1 106 000) ialah sebuah bandar raya pelabuhan di Ukraine. Ia terletak di pantai barat daya Ukraine, berhampiran sempadan Romania. Odessa terletak di Laut Hitam, 51 kilometer ke barat daya muara Sungai Dnepr. Bagi lokasi Odessa, lihat Ukraine (peta). | UMUM | |
SAPPORO | Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. | UMUM | |
NEVADA | Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang yang membenarkan hampir segala jenis perjudian di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan, Nevada merupakan salah satu negeri Amerika Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya adalah antara yang terkecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno ialah bandar kedua terbesar. | UMUM | |
NEBRASKA | Nebraska (pend. 1 584 617) ialah negeri di kawasan barat tengah Amerika Syarikat. Negeri ini adalah sebuah kawasan pertanian utama. Hasil tanaman utamanya ialah jagung. Nama julukan bagi Nebraska ialah <i>Cornhusker Statei> . Nama Nebraska berasal dari perkataan Orang Asli Amerika Oto, iaitu <i> nebrathka i> . | UMUM | |
KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT | KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT, kesatuan guru yang berdaftar di bawah Pendaftar Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ditubuhkan pada tahun 1968 dan diluluskan pendaftarannya pada 1 Mei 1968. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NEW MEXICO | New Mexico (pend. 1 521 779) ialah negeri di barat daya Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai <i> Taman yang Mempesonakan i> kerana pemandangannya yang indah dan kaya dengan sejarah. New Mexico pernah diperintah oleh Sepanyol, dan pengaruh Sepanyol jelas kelihatan pada nama tempat, makanan, dan budaya percutian. | UMUM | |
PUNE | Pune (pend. 1 203 351), dahulunya dikenali sebagai <i> Poona i> , ialah sebuah bandar di bahagian barat India. Pune merupakan pusat pendidikan, ketenteraan, dan politik yang penting. Pune terletak kira-kira 190 kilometer ke tenggara Bombay, di negeri Maharashtra. Untuk lokasinya, lihat India (peta politik). | UMUM | |
KELANTAN | Kelantan (pend. 1 400 000), negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia bersempadan dengan negeri Perak di barat, Pahang di selatan, Terengganu di timur, Thailand di utara dan Laut China Selatan. Kelantan merupakan salah sebuah penempatan tertua di Alam Melayu. | UMUM | |