ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS | ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing. | BUDAYA | Konsep |
PERJANJIAN SAINT GERMAIN | Perjanjian Saint Germain. Kuasa Berikat dalam Perang Dunia I (1914–1918) dan republik Austria menandatangani Perjanjian St. Germain pada 10 September 1919. 27 buah negara Berikat dan negara gabungan menandatangani perjanjian ini yang memansuhkan kuasa Austria. Hanya Romania dan juga negara yang kemudiannya dikenali sebagai Yugoslavia merupakan dua negara Berikat yang melambat-lambatkan proses menandatangani perjanjian ini. Kedua-dua negara ini tidak bersetuju dengan jaminan perjanjian yang diberikan kepada kumpulan minoriti. Setelah beberapa bulan berlalu, barulah mereka berjaya dipujuk untuk menandatangani dokumen ini. Perhimpunan Kebangsaan Austria mengesahkan perjanjian ini pada 17 Oktober 1919, dan perjanjian ini berkuat kuasa pada 16 Julai 1920. | UMUM | |
DAIRAT AL-MA'ARIF AL-WATANIYYAH | DAIRAT AL-MA’ARIF AL-WATANIYYAH, sekolah agama. Ia juga dikenal sebagai Dairatul Ma’arif. Madrasah ini terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Madrasah ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Haji Abdullah Fahim, pada tahun 1926. Pada peringkat awal, pengajian agama di madrasah ini dijalankan secara ‘umumi’ sahaja. Pada tahun 1927, sistem pengajian ‘nizami’ diperkenalkan. Pengajian terhad kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1935, barulah kelas untuk pelajar wanita diadakan, tetapi secara berasingan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. | BUDAYA | Konsep |
SANG NILA UTAMA | SANG NILA UTAMA ( – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura). Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba. Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik. Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik. Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda. Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka. Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa). Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana. Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348 | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PEREDAR | PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.). Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936. Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2. Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D. Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941. Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi. Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah: | BAHASA | Karya |
KOTA KAPUR | KOTA KAPUR, tempat inskripsi batu bersurat pada abad ke-7 M. Kota Kapur ialah sebuah kampung kecil di kecamatan Mendo Darat, kabupaten Pulau bangka, Propinsi Sumatera Selatan. Pada zaman penjajahan Belanda, Pulau Bangka merupakan residensi tersendiri. Di Kota Kapur, J.K. van der Meulan menjumpai inskripsi yang ada kaitannya dengan sejarah Sriwijaya. Inskripsi ini merupakan salah satu daripada lima buah inskripsi kutukan yang dibuat oleh Dapunta Hyang, Raja Sriwijaya. Inskripsi ini dipahatkan pada sebuah batu berbentuk tugu bersegi dengan ukuran 177 cm tinggi dan 32 cm lebar dan 19 cm pada bahagian puncak. Inskripsi ini ditulis dalam bahasa Melayu kuno huruf Pallawa. Orang pertama yang mengkaji inskripsi ini ialah Prof. Dr. H. Kern, seorang arkeologi. Pada mulanya dia menganggap Sriwijaya nama seorang raja. Melalui Dr. Coedes, barulah diketahuinya Sriwijaya ialah sebuah kerajaan di Sumatera pada abad ke-7 M. Isi yang tercatat pada inskripsi itu ialah: | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KESUSASTERAAN UNTUK KANAK-KANAK | Kesusasteraan untuk kanak-kanak terbahagi kepada dua jenis: kesusasteraan yang ditulis khas untuk pembaca muda – dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat remaja – dan kesusasteraan yang pembaca muda telah gunakan untuk diri mereka sendiri. Lebih daripada 100 000 jenis buku yang berlainan diterbitkan pada setiap tahun untuk kanak-kanak, iaitu pembaca berbahasa Inggeris sahaja, dari buku bergambar, puisi, dan cerita rakyat sehinggalah novel dan buku pengetahuan. United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mempunyai pengaruh yang besar terhadap buku kanak-kanak di seluruh dunia, tetapi hampir kesemua negara mempunyai tradisi mereka sendiri yang mungkin jadi jauh berbeza tradisinya. Di India dan Afrika, sebagai contoh, kanak-kanak berkongsi cerita lisan dengan orang dewasa. Hanya apabila negara itu telah dijajah oleh orang Eropah, maka barulah cerita ditulis dan dibahagikan kepada cerita untuk kanak-kanak dan cerita untuk orang dewasa. | UMUM | |