BAS | Bas, sejenis kenderaan besar, bermotor dan mempunyai roda, yang membawa penumpang, beroperasi biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |
PERPUSTAKAAN BERGERAK | Perpustakaan bergerak ialah kenderaan bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang memberi pinjaman buku kepada masyarakat tempatan. Perpustakaan awam lazimnya menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu cara untuk meluaskan perkhidmatannya. | UMUM | |
MESIN | Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan penekan untuk membuat keluaran yang kita gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip, komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas dan kapal terbang mengangkut manusia dengan pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin, penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar untuk hidup, dan peladang tidak dapat menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita bergantung pada mesin. | UMUM | |
TAYAR | Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan <i> pneumatik i> (diisikan dengan udara mampat) <i> . i> Ia digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta, jentera melombong, motosikal, kenderaan rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat daripada getah padat, seperti yang digunakan pada kereta sorong. | UMUM | |
MAGSAYSAY, RAMÓN | Magsaysay, Ramón (1907–1957) ialah presiden Filipina yang ketiga (1953–1957). Magsaysay lahir di Iba, Zambales, provinsi di pantai barat Pulau Luzon. Bapanya ialah guru tukang kayu. Magsaysay mendapat pendidikan di maktab swasta di Manila. Dia bekerja dengan syarikat bas sehingga tahun 1941, apabila Filipina terlibat dalam Perang Dunia II. | UMUM | |
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH | Ketiadaan tempat berteduh ialah satu keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan yang terbiar, di bawah jambatan, stesen bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan kecemasan dan jalanan. | UMUM | |
RESTORAN | Restoran ialah tempat perniagaan yang menyajikan makanan dan minuman kepada orang awam. Pada mulanya, restoran menjalankan perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan <i> restouran i> berasal daripada perkataan Latin <i> restaurare i> , yang bermakna <i> to restore i> (memulihkan semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk; hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen kereta api; taman hiburan; dalam bangunan pejabat; dan juga pusat membeli-belah. | UMUM | |
TEROWONG SELAT | Terowong Selat ialah rangkaian kereta api bawah laut yang menghubungkan United Kingdom dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu daripada projek kejuruteraan utama dunia pada tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong berkembar itu terdapat terowong landasan kereta api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone, England , dan di Calais, Perancis. | UMUM | |
TEMPAT BERTEDUH | Tempat berteduh ialah suatu struktur atau keadaan semula jadi yang menyediakan perlindungan terhadap cuaca buruk, bahaya, atau gangguan serangga perosak. Manusia memerlukan tempat berteduh untuk melindungi diri mereka daripada kesejukan dan kepanasan yang melampau, serta daripada hujan, salji, dan angin. Terdapat pelbagai jenis tempat berteduh. Rumah ialah bentuk yang paling lazim. Jenis tempat berteduh lain ialah pondok hentian bas, pelindung bom, bangsal, dan pentas beratap. Tempat berteduh mudah alih termasuk khemah, treler, dan bot seperti bot rumah dan kapal layar. | UMUM | |