Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit keturunan yang jarang ditemui dan boleh mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina fosforibosil transferas, sejenis enzim yang terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya terdapat pada paras kandungan yang tinggi di dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini membantu mengawal pergerakan badan yang tidak disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal serta kecenderungan mencederakan diri sendiri. |