Spence, Sir Basil Urwin (1907–1976) ialah arkitek British, yang paling dikenal kerana hasil rekaannya, Coventry Cathedral dan University of Sussex, di Brighton. Dengan teknik dan bahan moden yang digunakan secara tradisional, dia telah mereka bentuk gereja, hospital, rumah, taman perumahan, pameran, pangsapuri, sekolah, panggung dan bangunan universiti. Antara reka bentuknya termasuklah sebuah sekolah yang lengkap di Sydenham, Kent, dan Sekolah St. Martin di Shrewsbury, Shropshire. Hasil kerjanya juga dapat dilihat di universiti di Liverpool, Durham, Southampton, Nottingham, Glasgow dan Exeter. Spence turut terlibat dalam mereka bentuk bandar baru Basildon, Essex dan Hartfield, Hertfordshire dan di Glasgow. |