Accra (pend. 964 879; pend. kaw. met. 1 420 065) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar bagi Ghana. Ia terletak di pantai utara Teluk Guinea (lihat Ghana [peta]). Kemudahan pengangkutan Accra termasuk kereta api dan lapangan terbang antarabangsa. Industrinya termasuk pengeluaran jubin dan batu bata, pemprosesan berlian dan kayu. University of Ghana terletak di Legon, sebuah kawasan perumahan di utara bandar raya Accra. |