ADAT PERKAHWINAN BATAK | ADAT PERKAHWINAN BATAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Batak yang tinggal di daerah pergunungan Bukit Barisan dan berpusat di Danau Toba, Indonesia. | BUDAYA | Konsep |
ULOS BATAK | ULOS BATAK, tenunan yang memberi pakan tambahan dengan tidak menggunakan benang emas atau perak, dan merupakan alat kelengkapan upacara adat. Di daerah Batak, seperti di Tanah Karo, ulos dikenal dengan pelbagai nama antaranya ‘gatip’ ‘juir’, ‘uisgara’, ‘uisnipes’, ‘uisteba’ dan ‘uis arinteneng’, sementara di Tapanuli Utara, dikenal sebagai ‘tampai’ dan ‘palepai’. Ulos yang paling terkenal ialah ‘ulos ragi idup’. | BUDAYA | Kraf Tangan |
BATAK | BATAK, suku kaum yang menetap di daerah pergunungan Bukit Barisan dan berpusat di Danau Toba. | BUDAYA | Konsep |
MARGA | MARGA, suatu organisasi sosial yang asas bagi masyarakat Batak. Konsep marga diamalkan oleh masyarakat Batak di Sumatera Utara, Indonesia. Setiap marga mempunyai nama pengasasnya (nama keluarga). Sumatera Utara mempunyai beberapa suku bangsa Batak yang mendiami kawasan tertentu. Misalnya, suku bangsa Karo mendiami bahagian utara Tapanuli dan suku bangsa Simalungun mendiami bahagian timur-laut Tapanuli. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa tiada suku bangsa lain di kawasan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ASAHAN | Kerajaan yang terletak berhampiran Sungai Asahan. Sungai Asahan yang bermula dari Danau Toba, menjadi jalan perhubungan yang penting di antara daerah Batak di Kawasan pedalaman dengan Selat Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MANDAILING | MANDAILING, suku kaum Batak di Pulau Sumatera, Indonesia. Nama Mandailing berasal daripada perkataan ‘Mandala Holing’. Pada zaman dahulu, Manda Holing adalah sebuah kerajaan yang meliputi daerah Portibi di Padang Lawas hingga ke Pidoli dan Mandailing. Pusat pentadbiran kerajaan asalnya di Portibi, kemudian dipindahkan ke Piu Delhi (yang dikenal sebagai Pidoli) atas desakan kerajaan Majapahit. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
PEWARTA DELI | PEWARTA DELI, akhbar Melayu yang pertama diterbitkan di Medan, Sumatera, Indonesia. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Pewarta DeliI> diterbitkan oleh Syarikat Tapanuli, sebuah syarikat percetakan yang diasaskan oleh Dja Endar Moeda bersama-sama beberapa orang Batak Mandailing dan Angkola-Sipirok. Akhbar ini mula diterbitkan pada awal bulan Januari 1910, setiap hari Rabu dan Sabtu, dan kemudiannya terbit sebagai akhbar harian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
SULTAN ALI | SULTAN ALI ( ? -1871), Sultan Perak yang ke-24 (1865-1871). Baginda bergelar Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah menggantikan Sultan Jaafar Muazzam Syah yang mangkat pada 20 Mac 1865. Baginda bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Semasa baginda menjadi sultan, Raja Abdullah telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit, manakala Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara dan bersemayam di Belanja. Sultan Ali mewarisi pemerintahan yang kurang stabil disebabkan perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, pergaduhan antara orang Cina di kawasan perlombongan bijih timah di Larut, dan minat awal yang ditunjukkan oleh British untuk campur tangan di Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SITOR SITUMORANG | SITOR SITUMORANG (1924- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 2 Oktober 1924 di Harianboho, Tapanuli, Indonesia. Bapanya ketua adat di daerah Samosir dan pejuang yang menentang Belanda. Sitor mendapat pendidikan sekolah rendah di Batak dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Jakarta. Dia pernah menjadi wartawan akhbar <I style="mso-bidi-font-style: normal">WaspadaI> di Medan (1947), Dosen Akademi Teater Nasional Indonesia (ATNI), Jakarta dan Ketua Lembaga Kebudayaan Nasional (1959-1965). Sitor tergolong sebagai seniman angkatan 45 yang memperjuangkan konsep universal humanisme. | SASTERA | Tokoh |
IKAT | IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |