BATIK | Batik, seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang. | BUDAYA | Konsep |
KAIN BATIK KEDAH | KAIN BATIK KEDAH, kain sarung batik cap. Pada awalnya kain ini dihasilkan oleh pembatik di negeri Kelantan dan Terengganu, tetapi kini ia terdapat di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kain sarung ini digunakan oleh wanita Kedah sebagai pakaian harian. Di tempat-tempat lain, kain batik dipakai sewaktu bersembahyang. | BUDAYA | Kraf Tangan |
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) | Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah badan amanah atau yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam di Malaysia. YADIM adalah singkatan bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Ia didaftarkan pada 25 Januari 1974 di bawah Trustee Incorporation Ordinance Act 1952. Pengisytiharan penubuhannya dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam perjumpaan PERKIM Pahang dan memulakan operasi di Wisma Batik, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada tahun 1975 | UMUM | |
SAREKAT ISLAM | SAREKAT ISLAM, pertubuhan politik di Indonesia. Nama asal pertubuhan ini ialah Sarekat Dagang Islam dan ditubuhkan oleh saudagar batik Indonesia pada tahun 1909. Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi dan sosial rakyat Indonesia daripada ditindas oleh pedagang Cina. Golongan pertengahan ini telah menggunakan agama Islam sebagai unsur penyatuan dan landasan perjuangan mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KAIN LEPAS | KAIN LEPAS, kain yang seakan-akan kain sarung tetapi tidak dicantum kedua-dua hujungnya. Selalunya, kain lepas disebut sebagai ‘kain batik lepas’. Kain ini menjadi pakaian rasmi wanita di Indonesia. | BUDAYA | Kraf Tangan |