| KEKUBAH | Kekubah ialah bumbung atau siling yang melengkung. Kekubah paling biasanya dibuat daripada batu bata, konkrit, atau batu. Empat jenis utama kekubah adalah (1) kekubah terowong, (2) kekubah groin, (3) kekubah tetulang, (4) kubah. | UMUM | |
| MIES VAN DER ROHE, LUDWIG | Mies van der Rohe, Ludwig (1886–1969) ialah salah seorang daripada arkitek yang paling berpengaruh pada tahun 1900. Dia menjadi terkenal kerana kekemasan, reka bentuk bangunan yang ringkas dibina daripada batu bata, besi dan kaca. Falsafah dalam arkiteknya kadangkala diringkaskan dengan frasa “kurang tetapi lebih”. | UMUM | |
| SYAL | Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan simen. Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak. | UMUM | |
| PAJANG | PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut ‘yoni’. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| KELIANGAN | Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini biasanya berupaya menyerap cecair dan gas. | UMUM | |
| ACCRA | Accra (pend. 964 879; pend. kaw. met. 1 420 065) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar bagi Ghana. Ia terletak di pantai utara Teluk Guinea (lihat Ghana [peta]). Kemudahan pengangkutan Accra termasuk kereta api dan lapangan terbang antarabangsa. Industrinya termasuk pengeluaran jubin dan batu bata, pemprosesan berlian dan kayu. University of Ghana terletak di Legon, sebuah kawasan perumahan di utara bandar raya Accra. | UMUM | |
| TIANG | Tiang adalah unsur seni bina yang tegak bebas. Apabila digunakan untuk tujuan struktur, tiang kerap disusun berderet untuk membolehkan ketebalan dinding dikurangkan dengan menyokong berat dari atas. Sesetengah tiang yang didirikan untuk tujuan hiasan atau peringatan, merupakan satu sahaja. Tiang dibina daripada pelbagai bahan termasuk kayu, batu, bata, logam dan konkrit. | UMUM | |
| KAABAH | Kaabah, binaan batu bata bersegi empat, yang terletak di tengah-tengah Masjid al-Haram, Makkah. Kaabah juga dikenali sebagai Baitullah atau Baitulharam dan merupakan simbol agama Islam yang paling utama dan menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjakan fardu haji. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| KOTA BELANDA | KOTA BELANDA, kota yang dibina oleh Belanda bagi mengatasi masalah gangguan lanun di sekitar Lumut. Kota ini terletak di Pulau Pangkor, Perak dan dibina pada tahun 1670. Kota Belanda berukuran 3.5m persegi dan tingginya 6.7 m dan diperbuat daripada kayu. Pada tahun 1680, kota kayu ini digantikan dengan batu-bata. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| TALI LADUNG | Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung, ialah tali yang mempunyai pemberat di satu hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap bata dan tukang batu sebagai panduan menegak dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat lihat yang dikenali sebagai transit pada titik tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal di kebanyakan kapal menggunakan alat yang dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk mengukur bagi kedalaman air. Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur). | UMUM | |