Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj batu yg keras, granit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu besi

Peribahasa

Dulu intan,
     sekarang jadi batu buatan.

Bermaksud :

Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dulu besi, sekarang timah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKONIT

Takonit ialah batu keras yang mengandungi

lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk

halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya

terdiri daripada mineral yang dinamakan chert .

Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di

Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan

induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih

besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi

yang penting ini berada bertaburan dalam

kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer

dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi

dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida

hitam magnetit atau batu magnet dan oksida

merah hematit .

UMUM 
SENAPANG BATU

Senapang batu ialah mekanisme menembak

yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan

lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620

hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata

senapang batu mengandungi sekeping batu api

diselitkan dalam sekeping bahan yang yang

dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik,

pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api

akan membidas sekeping besi pada paksi lalu

mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama,

piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup.

Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil

meletup dan mencucuh peledak utama di dalam

laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh

cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah

penuh dan sedia untuk menembak. Senjata

senapang batu kemudiannya digantikan oleh

senjata api yang menggunakan tudung tukulan.

Lihat juga Senapang lantak; Senjata api.

UMUM 
MELEBUR

Melebur ialah kaedah mengasingkan logam

daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan

dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk

membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan

10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur

dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas

panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini

membakar kok dan menghasilkan gas serta haba

yang perlu untuk menurunkan besi daripada

mineral oksidanya di dalam bijih dan juga

membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur

dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus

(lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari

bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan

dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas

untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan

tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang

mengandungi besi).

UMUM 
AKUEDUK

Akueduk ialah terusan untuk mengalirkan air ke

tempat lain. Bahan-bahan yang digunakan untuk

pembinaan akueduk, mungkin batu, konkrit, besi

tuang, keluli atau papan.

UMUM 
PERGUNUNGAN DAN HUTAN ARDENNES

Pergunungan dan Hutan Ardennes

menganjur dari utara Perancis hingga Belgium dan

Luxembourg . Di kawasan ini terdapat hutan oak

dan bic terbesar di Eropah. Ketinggian purata

Pergunungan Ardennes kira-kira 500 meter. Batu

arang, besi, dan batu loh dikeluarkan di bahagian

utara kawasan ini.

UMUM 
MANCHURIA

Manchuria ialah kawasan di timur laut negara

China yang terkenal dengan kekayaan semula

jadinya, terutamanya batu arang dan besi.

UMUM 
ZAMAN BATUZAMAN BATU, zaman mewakili budaya terawal manusia sebelum wujudnya budaya penggunaan bahan logam seperti angsa dan besi.,  Secara amnya Zaman Batu telah bermula sejak manusia wujud di dunia ini hinggalah sekitar 500 tahun dahulu.  Istilah Zaman Batu telah diperkenalkan oleh Christian Jurgensen Thomsen dan John Lubbock.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
NILAM

Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih.

Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang

terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari

sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di

dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna

seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren.

Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan.

Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima.

UMUM 
MIDDLESBROUGH

Middlesbrough (pend. 141 700) ialah

pelabuhan perindustrian dan kawasan kerajaan

tempatan di Cleveland yang terletak di timur laut

England. Pada masa dahulu, Middlesbrough

adalah pengeluar dan pengeksport utama batu

arang, besi, dan keluli.

UMUM 
DARBY, ABRAHAM

Darby, Abraham (1677–1717), memulakan

revolusi kaedah penuangan besi. Kejayaannya yang

utama ialah penggunaan arang kok berbanding

dengan penggunaan batu arang untuk proses

peleburan.

UMUM 
123

Kembali ke atas