AMFIBOL | Amfibol adalah mana-mana satu kumpulan galian biasa yang membentuk batuan. Amfibol berlaku dalam banyak jenis batuan igneus dan metamorf (lihat Batuan ). Batuan ini relatifnya merupakan galian yang keras, dan warnanya daripada putih hingga pucat dan hijau tua, coklat, atau hitam. | UMUM | |
PLATFORM BATUAN ZON LITORAL | Platform batuan zon litoral ialah platform batuan di sepanjang persisiran pantai. Platform seperti ini adalah ciri-ciri biasa di pinggir pantai Australia dan New Zealand. | UMUM | |
BATUAN METAMORF | Batuan metamorf, batuan yang terbentuk akibat suhu dan tekanan yang tinggi tanpa melibatkan peleburan batuan tersebut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
BATUAN ENDAPAN | Batuan endapan, sejenis batuan yang terbentuk daripada proses pengendapan bahan bumi yang kebanyakannya berlaku di dalam air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
BATUAN GRANIT | Batuan granit ialah sejenis batuan igneus yang mengandungi mineral kuarza, feldspar, biotit dan hornblend. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
BATUAN TUKUP | Batuan tidak telap yang menukup reservoir petroleum. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
BATUAN RESERVOIR | Batuan subpermukaan yang berliang dan telap. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
BATUAN PUNCA PETROLEUM | Batuan sedimen berbutir halus yang kaya dengan bahan organik berbitumen daripada jenis yang berpotensi untuk menjana petroleum. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
BURUNG BATUAN | Burung batuan ialah nama dua spesies burung Amerika Selatan. Satu spesies hidup di jurang berbatu berdekatan dengan anak sungai gunung di Banjaran Andes dari Columbia hingga ke Bolivia. Spesies satu lagi hidup di pergunungan dari Columbia hingga ke Guiana Perancis dan di utara Brazil. | UMUM | |
BATUAN IGNEUS | Batuan igneus, batu yang terbentuk daripada penyejukan dan penghabluran magma dari teras bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |