SKROFULA | Skrofula ialah sejenis tuberkulosis (batuk kering) yang menyerang nodus limfa di leher. Tisu ini membantu badan melawan penyakit dengan menapis bakteria dan mikrob lain daripada kerongkong. Kebanyakan kes skrofula disebabkan meminum susu tanpa dipasteurkan daripada lembu yang menghidap tuberkulosis. Suhu daripada lembu itu mengandungi tuberkulosis. Pempasteuran membunuh bakteria tuberkulosis, dan hampir tiada kes skrofula terjadi di negara yang susunya dipasteur secara tetap. | UMUM | |
MENTOL | Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan untuk ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok. Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok pudina. | UMUM | |
KODEINA | Kodeina juga dikenali metilmorfin, ialah sejenis dadah yang digunakan untuk melegakan kesakitan dan batuk. | UMUM | |
TAIM | Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun, berbau harum yang berasal dari kawasan Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa pahit yang menjadikannya perisa yang popular dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair pencuci mulut dan ubat batuk. | UMUM | |
FONETIK BAHASA MELAYU | FONETIK BAHASA MELAYU, ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdehem, bersiul, dan sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi, anatomi, pengelasan dan persepsi bunyi bahasa. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. | BAHASA | Bahasa |
OPIAT | Opiat ialah sebarang ubat yang diperbuat daripada candu atau yang mengandungi candu. Candu ialah bahan seperti susu yang kering yang diperoleh daripada kulit biji pokok popi opium yang muda. Morfin dan kodeina ialah opiat yang digunakan kerana ciri penyembuhannya. Ubat- ubat ini bersifat analgesia (penahan sakit). Doktor mempreskripsikannya terutamanya kepada orang yang mengalami sakit teruk. Opiat digunakan juga untuk mengawal batuk dan cirit-birit yang teruk. | UMUM | |