| SAGEBRUSH | Sagebrush ialah pokok renek yang terkenal kerana baunya yang harum dan rasanya yang pahit. Ia tumbuh di dataran kering di bahagian barat Amerika Syarikat. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 0.5 hingga 4 meter dan mempunyai batang yang lurus keras. Daunnya kecil dan tumbuh rapat-rapat. Bunganya tumbuh di bahagian atas batang dan berwarna kuning atau putih. Setiap bunga mempunyai banyak bunga kecil yang dikenali sebagai floret . | UMUM | |
| SAGE | Sage ialah nama lebih daripada 750 spesies dan pokok renek. Sage biasa, juga dinamakan sage taman, terkenal kerana baunya yang kuat dan daun serta batangnya yang pahit. Ia adalah herba yang penting dalam masakan. | UMUM | |
| ANJING FOXHOUND | Anjing foxhound ialah anjing perburuan yang bersaiz sederhana. Kumpulan anjing pemburu ini memburu musang dengan cara menghidu baunya di atas tanah untuk mengesannya. | UMUM | |
| RACUN | Racun ialah sebarang bahan yang boleh membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut toksin. | UMUM | |
| SNEEZEWORT | Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Ia dinamakan sneezewort kerana baunya yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin. Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga 60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih. Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah Achillea ptarmica. | UMUM | |
| SKUNK | Skunk ialah haiwan kecil berbulu, mempunyai tanda hitam putih yang tersendiri. Haiwan ini terkenal kerana cecair berbau busuk yang disemburkannya apabila ketakutan atau berada dalam bahaya. Baunya sukar hilang, dan kekal berhari-hari lamanya. | UMUM | |
| REMPAH | Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain kerana baunya. Manusia di seluruh dunia menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih, halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis. | UMUM | |
| PRIVET | Privet ialah pokok renek yang popular sebagai pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap menyerupai buah zaitun kecil yang masak. | UMUM | |