Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah air

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIR BAWAH TANAH

Air bawah tanah, air di bawah permukaan bumi yang tersimpan dalam takungan di zon tepu yang kesemua liang atau lohong di antara kumin tanih dipenuhi air.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ANABLEP

Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata

empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang

berenang di permukaan air. Matanya mencari arah

perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya

boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah

matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di

bawah air.

UMUM 
AIR TANAH

Air tanah ialah air yang terdapat di bawah

permukaan bumi. Ia ialah sumber air bagi telaga

dan banyak mata air. Air tanah membekalkan air

tawar di banyak bahagian dunia.

UMUM 
OASIS

Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai

tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah

tanah berada sangat hampir dengan permukaan

tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air

yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan

atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan.

Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara

perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat

di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah

di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan

bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk

memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai

tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang

sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis.

UMUM 
TELAGA ARTOIS

Telaga artois ialah telaga yang menyadap air

dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini

naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan

yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk

kepada sebarang air telaga yang sangat dalam.

Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan

bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah.

Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin

terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan

lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu

mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada

sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap

turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah

tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi

disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di

dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung

atas akuifer.

UMUM 
KAWASAN TADAHAN

Kawasan tadahan, tempat menyimpan dan membekalkan air untuk empangan, kolam, tasik, aliran air permukaan, sungai dan air bawah tanah.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
MENYELAM DALAM AIR

Menyelam dalam air ialah cara orang sampai

ke dunia yang luar biasa dan indah di bawah

permukaan lautan, tasik, dan sungai. Orang zaman

purba menyelam dalam air untuk mencari ikan,

haiwan air yang lain, dan tumbuhan untuk

makanan. Dengan kemahiran yang dimajukan dan

perkembangan peralatan, berbagai-bagai kegiatan

lain telah mula dilaksanakan dalam air.

UMUM 
TAUFAN AIR

Taufan air ialah sejenis puting beliung yang

berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan

air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah

terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal,

hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu

gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di

bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini

menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera

memeluwap dalam gumpalan itu dan air di

permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan

itu.

UMUM 
TEROWONG

Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong

digali menembusi bukit dan gunung dan juga di

bawah bandar serta jalan air. Terowong

menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan

landasan kereta api merentangi halangan semula

jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam

perlombongan untuk sampai ke tempat bahan

galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi.

Terowong juga digunakan untuk membekalkan

jumlah air yang banyak untuk loji kuasa

hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan

air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga

terowong digunakan untuk mengangkut sisa

sistem pembetungan.

UMUM 
AIR BUMI

Air bumi, air dalam lapisan tepu air di bawah permukaan tanah. Walaupun kebanyakan bandar besar di dunia menggunakan air daripada empangan, namun air bumi masih merupakan sumber bekalan air yang utama di luar bandar.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
1234

Kembali ke atas